Categories: Berita Lain

Tun M Cuba Tulis Semula Sejarah


SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun
Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah cuba menukar semula sejarah berhubung
tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri
ketika era pentadbirannya, 20 tahun lalu.
Ketua Pergerakan Pemuda UM­NO, Khairy Jamaluddin Abu Ba­kar
menyifatkan, tindakan Dr. Mahathir yang dilapor me­nyalahkan polis di sebalik
tindakan pemecatan Anwar seperti sindrom ‘me­ludah ke langit, terkena muka
sendiri’ sekali gus memperlihatkan sikap hipokrit pemimpin utama gabungan
pembangkang itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya lihat kenyataan beliau (Dr. Mahathir) itu seperti mahu
menulis semula sejarah. Saya percaya beliau membuat kenyataan sedemikian kerana
Dr. Mahathir ketika ini ada kerjasama politik dengan Anwar, jadi beliau
terpaksa tukar cerita dan salahkan polis pula.
“Seingat saya dalam buku tulisannya, Doktor Umum: Memoir Tun
Dr Mahathir Mohamad, beliau menyatakan bahawa dirinya mungkin pernah melakukan
ba­nyak kesilapan, tetapi memecat Anwar bukan salah satu. Justeru, mengapa
beliau hari ini mahu menyalahkan polis pula?” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri
Pertandingan Golf Amal 2017 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Shah Alam
dan Jaksa Pendamai (JP) Selangor di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di
Seksyen 13 di sini hari ini.
Dr. Mahathir menerusi temu bual eksklusif bersama akhbar
berbahasa Cina, Sin Chew Daily keluaran Ahad lalu, menuduh polis yang
mendorongnya sebagai Perdana Menteri untuk memecat timbalannya atas kesalahan
ra­suah dan liwat pada 1998.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Utusan Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

8 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

10 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago