Friday, December 05, 2025

Allah Panjangkan Umur Dr Mahathir Untuk Lihat Kerosakan Dilakukannya – Mohd Amar

March 17, 2018
1 min read
Foto: Malay Mail 

KOTA BHARU: Doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil
Noor suatu ketika dahulu supaya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed
dipanjangkan umur dimakbulkan Allah.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata doa
itu pernah dipinta Allahyarham supaya Tun Mahathir melihat sendiri kerosakan
yang ditinggalkan baik dalam negara dan juga UMNO.
Kini, katanya, Mahathir melihat kerosakan yang ditinggalkan
dan mewujudkan parti baharu melalui Pakatan Harapan (PH) untuk membaiki
kesilapan yang pernah beliau lakukan dahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dr Mahathir meninggalkan kerosakan dan kini kerosakan
yang ditinggalkan beliau ingin diperbetulkan melalui parti baharu itu.
“Namun bagaimana seorang yang tercemar dengan penyakit
ingin merawat penyakit yang beliau sebarkan,” katanya ketika menyampaikan
ucapan di program Bangkit Pertahankan Kelantan yang dihadiri pimpinan Pas
Kelantan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini malam tadi.
Mohd Amar pada masa sama mengajak rakyat Kelantan
mempertahankan Kerajaan Kelantan yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar,
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau juga membayangkan Pas bakal menjadi sebuah parti
pilihan utama atau parti penentu untuk rakyat memilih selepas melihat kekaburan
wadah perjuangan yang dibawa oleh PH dan pada masa yang sama muak dengan
Barisan Nasional yang dilihat banyak memberikan tekanan kepada rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sambil menambah rakyat kini berdepan dengan situasi tiada
pilihan pada pilihan raya akan datang mendorong mereka memilih Pas sebagai
sebuah parti pilihan.



– Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan