Wednesday, December 10, 2025

Kerajaan Pikul Beban Ditinggal Bekas Pemimpinnya: Hadi Awang

March 17, 2018
1 min read

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini
terpaksa memikul beban masalah ekonomi negara yang dilakukan oleh bekas
pemimpinnya yang kini memimpin Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah negara
sejak tahun 80-an, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tanpa menamakan bekas pemimpin terbabit, beliau berkata,
masalah ekonomi yang ditanggung kerajaan dan rakyat pada hari ini berpunca
daripada salah tadbir urus pemimpin terdahulu yang kini memimpin PH.
“Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau
rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang
memerintah negara sejak tahun 1980-an.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Merekalah mewujudkan masalah. Bahkan pada pendapat
saya UMNO yang memikul masalah dibuat oleh mereka ini dahulu,” kata Ahli
Parlimen Marang itu di laman sosial Facebook miliknya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr
Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH adalah Perdana Menteri Malaysia sejak
1982.
Justeru itu, Abdul Hadi berkata, melihatkan senario itu, PAS
memperkenalkan konsep ‘taawun’ iaitu tolong-menolong dalam perkara baik dan
membelakangkan perkara mungkar.
“PAS mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan
kerana kita tamakkan kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima
pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita boleh menjadi
penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan dari kesilapan dilakukan
pemimpin yang ada dalam PH hari ini,” katanya.



– BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,