Friday, December 05, 2025

Punca Datin Hampir Bunuh Amah Terlepas Hukuman Penjara

March 17, 2018
1 min read

Seorang wanita bergelar Datin dikenakan bon berkelakuan baik
selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, kerana menyebabkan kecederaan parah
pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan hukuman itu ke
atas Datin Rozita Mohamad Ali, 44, selepas menukar pengakuan kepada bersalah
apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding
perbicaraan kes terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar jaminan
RM20,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum ini, suri rumah itu berdepan hukuman penjara
maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh sebelum pihak
pendakwaan menawarkan pertuduhan pindaan menyebabkan cedera parah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu sebelum prosiding bermula, Rozita cuba mengelak wajahnya
daripada dirakam dan menjadi berang serta mengarahkan pembantu menghubungi
peguamnya sebaik menyedari kehadiran media.
Dalam penghakimannya, Mohammed Mokhzani berkata, bon
berkelakuan baik dikenakan terhadap tertuduh bukan bermakna wanita itu dibebaskan,
sebaliknya masih terikat dengan mahkamah selama tempoh ditetapkan.
“Sekiranya tertuduh terbabit dengan aktiviti jenayah, dia
boleh dituduh semula dalam kes sama dan bakal dikenakan hukuman penjara,”
katanya.
Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan
kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, menggunakan sebilah pisau
berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat
mainan kucing dan penyangkut baju.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU
7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, 21
Jun 2016.
Rozita didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani memohon
hukuman pemenjaraan setimpal diberi atas alasan kes mendapat liputan meluas
media antarabangsa dan tempatan, manakala video rakaman itu tersebar luas di
media sosial.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia menyebabkan imej negara kita tercemar di mata dunia,
selain menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
“Kes ini juga antara sembilan kes penderaan pembantu rumah
paling tragis di negara kita, dan hanya hukuman penjara setimpal bagi perbuatan
keji yang semakin berleluasa ini,” katanya.
Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili tertuduh,
memohon hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dikenakan atas alasan
kemanusiaan iaitu tertuduh mengalami tekanan melampau sejak didakwa di
mahkamah.
“Tertuduh benar-benar insaf dengan perbuatannya dan sentiasa
memberi kerjasama baik kepada pihak polis,” katanya.
Kes berkenaan tersebar luas di media sosial menerusi rakaman
video pada 21 Disember yang antara lain menunjukkan Suyanti ditemui terbaring
dalam keadaan cedera parah di tepi longkang di Mutiara Damansara, oleh seorang
pengawal keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali