Categories: Berita Lain

”Along, Ayah Nak Beli Ikan Keli Nie Boleh?”, Layanlah Mereka, Supaya Kita Tak Terkilan Kemudian Hari


Pengorbanan ibu bapa tidak terkira nilainya. Setiap apa yang
dikorbankan, kasih sayang yang dicurahkan dan keringat yang tumpah buat si anak
tidak wajar dipandang remeh oleh kita. Apabila keduanya menghampiri daerah usia
yang semakin lanjut, sentiasa punya peluang bagi anak-anak untuk berbakti
selagi usia ibu bapa belum terhenti.
Namun begitu, ibu bapa yang semakin hari meniti usia tua,
akan semakin sensitif perasaannya. Apabila anak-anak membesar, mereka akan
lebih cenderung merasa sunyi terutamanya bila anak mengabaikan mereka tanpa
perhatian.
Perkongsian oleh Ummi Yahaya melalui laman facebook boleh
dijadikan renungan buat semua insan yang bergelar anak di dunia. Bukan duit
ringgit yang dimahukan, hanya secebis perhatian di usia senja yang entah berapa
lama lagi masih tersisa di dunia ini.
Mari kita ikuti kisah ini. Buat pedoman untuk kita yang
bergelar anak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?”
Kisah pagi tadi. Lepas habis check up ibu, dia nak singgah
Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat
hari tu.
Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak
suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke
kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu.
Saya dah perasan ayah jenguk2 kedalam. Saya agak dah, ayah
ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula2 cakap, tak nak lah sambil terus
tolak troli kedepan.


Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan
drag dulu. Anak saya cam biasa, dia akan layan atoknya borak, dia tanya ”
atok nak ikan keli tu tak tok?”
“entah ye, boleh ke atok nak sekor?”
“boleh lah kot. Nanti kita tanya umi”
Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu
dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya “along..along..ayah nak
beli ikan keli boleh?”
Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih
ikannya. Tersengeh2 dan gelak2 ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan
sebab salah ikan.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap cukuplah
satu, ayah nak rasa2 je… Allahu..
Kawan, dulu…waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang
sama, waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan
kerenah kita.
Hari ni, dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma
mahukan perhatian dan lawan berbual. Makan pun tidak seberapa.
Kita…belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja
kenangan indah2 supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan
Ummi Yahaya.
Perasan Anak manja ayahibu
– Siakapkeli.my

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago