Categories: Berita Lain

Ibu Bapa Tak Perlu Ragui Status Halal Vaksin

BALIK PULAU – Masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana semuanya dijamin halal termasuk vaksin bakteria difteria, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan sememangnya melakukan pemeriksaan ke atas vaksin-vaksin yang diberikan dan vaksin yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir tidak akan diterima.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, terdapat ibu bapa memberi alasan tidak mahu memvaksin anak mereka kerana ragu dan tidak yakin tentang status halal produk berkenaan.
“Vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan semuanya halal dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan ibu bapa perlu rujuk perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di sini, hari ini.
Dr Hilmi merujuk kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan yang disahkan meninggal dunia pada 14 Mac lepas akibat dijangkiti bakteria difteria kerana tidak mendapat vaksinasi difteria sejak lahir atas permintaan keluarga.
Beliau berkata semua pihak tidak seharusnya mempercayai maklumat yang diperolehi daripada media sosial berhubung status halal vaksin sebaliknya perlu mempercayai nasihat dan khidmat pakar.
“Setakat ini di Malaysia hanya ada satu vaksin yang mengandungi DNA khinzir iaitu vaksin Rotavirus. Kerajaan tidak beli vaksin Rotavirus. Ia hanya terdapat di klinik-klinik swasta untuk merawat cirit birit,” katanya


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Dr Hilmi berkata setiap tahun, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM120 juta untuk membeli vaksin bagi 12 jenis penyakit.
Katanya, vaksin berkenaan diberikan secara percuma kepada bayi baru lahir sehingga usianya mencapai tiga tahun.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

9 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago