Categories: Berita Lain

‘Tak Boleh Tutup Bangkai Besar Dengan Lalang’: Rais


SHAH ALAM – Rakyat akan terus memberi kemenangan kepada BN
sekiranya kerajaan berani menyiasat skandal 1MDB dan Jho Low.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata,
sekiranya pimpinan Umno diberi penerangan jelas berhubungan perkara sebenar
yang berlaku dalam polemik 1MDB dan Jho Low mereka boleh menyampaikan maklumat
berkenaan kepada rakyat dalam kempen PRU14 nanti.
“Pemimpin seharusnya beri penerangan terperinci dahulu,
bukannya menutup kes ini. Nasihat saya dalam isu begini, tidak semua yang
disebut pemimpin itu betul mesti ada asas
“Orang Umno atau saya sendiri pun sama-sama kita baiki parti
ini dan jangan kita takut kepada kebenaran. Saya tidak berniat bersuara ini
untuk memburukkan atau mencari kesalahan sesiapa tapi kes Jho Low dan skandal
negara ini telah menyalahi undang-undang anti rasuah kerana kehilangan defisit
jadi apa salahnya kita membuat tindakan bagi memperbetulkan masa depan tanah
air dan anak cucu kita,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rais yang juga bekas menteri kabinet berkata, baru-baru ini
beliau hanya membangkitkan isu Jho Low dan tidak sedikit pun menyentuh soal
1MDB.
“Saya hanya menyebut Jho low sebab sedutan kewangan yang dia
buat terlampau besar.
“Jadi bagi saya isu ini wajib disuarakan dan agar anak buah
kita berani sikit berjuang. Kalau pemimpin bahagian dan cawangan tak tahu macam
mana nak jawab isu ini bagaimana mereka nak berkempen pada PRU14 nanti,”
soalnya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang berusaha
bersungguh-sungguh ‘membungkus’ isu ini daripada terus diperkatakan.
“ Apabila kita dah mengatakan jangan cakap fasal ini,
Parlimen pun tak boleh cakap pasal ini, Speaker Dewan Rakyat pun membuat
peraturan.
“Jadi rakyat akan tanya apa sebab nak dibungkus? Boleh
dikatakan satu bangkai nak ditutup dengan daun-daun kecil, daun lalang memang
tak boleh,” tegas Rais.
Menurut beliau sekiranya BN mencari kemenangan dalam PRU14
ini, beliau menggesa agar kerajaan wajar membuat penyelidikan dan siasatan
berkenaan skandal kontroversi ini.
“Jadi kalau kita nak mencari kemenangan saya berpendapat
wajar kita buat penyelidikan dan siasatan. Rakyat akan kata Alhamdulillah,
mungkin ia makan masa setahun tapi
menjelang bulan Jun, BN Insya-ALLAH menang balik.
“Pada masa itu kita dah boleh kata kita tak ada apa yang nak
sorok kerana apabila kita ada benda nak
sorok dengan sistem begini orang akan bertanya ada apa-apa yang kita nak
lindungi? Di mana letaknya Encik Jho Low? ,” jelasnya.
Bagaimanapun Rais berkata, beliau tidak mengkonklusikan
bahawa Jho Low akan menyebabkan BN tumbang pada pilihan raya akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya tak kata sebab Jho Low akan tentukan menang, kalah
kerajaan tapi impaknya memang ada.
“Kesan itu sangat ketara kepada masyarakat Cina dan Melayu
pertengahan walaupun diperingkat bawahan di kampung mereka tidak kisah tapi saya dapati hal ini diperenggan
masyarakat pertengahan hangat diperkatakan,” ujar beliau.
Rais mendesak agar kerajaan melakukan siasatan sama ada
dengan bantuan penguatkuasa antarabangsa atau dijalankan secara persendirian.
“ Kita tak buat penyiasatan itu sudah merupakan sistem
melindungi Jho Low dan orang pun nak tahu Jho Low di mana sekarang, AS4 4.5
bilion itu bagaimana?
“Dunia terus bercakap soal Jho Low berkait dengan negara
kita, tak telus jika kita tutup kes dengan dakwaan Jho Low tak ada kena
mengena,” katanya.



Sinar Harian 

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago