Tuesday, December 09, 2025

Akibat Isteri Minta Cerai..Lelaki Ini Tembak Isterinya Yang Sedang Hamil Depan Orang Ramai

March 19, 2018
1 min read

SEORANG tentera Thailand menembak mati isterinya yang sedang
hamil di depan orang ramai di sebuah pasar raya di wilayah Udon Thani.
Sirinporn Chumboonchu, 40, meninggalkan rumah di
Kanchanaburi, awal bulan ini, selepas mengetahui suaminya, Pichet, 41,
mempunyai wanita simpanan dan pulang ke rumah keluarganya di Udon Thani, sejauh
400 kilometer.
Pichet mengekorinya dan ketika bertemu dengan isterinya di
sebuah pasar raya Jumaat lalu, mereka bertengkar sebelum dia menembak isterinya
tiga kali dari belakang selepas wanita itu mahu bercerai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Isterinya mati di hospital manakala Pichet cedera di dada
terkena tembakan pistolnya sendiri.
Polis bagaimanapun, yakin Pichet bukan mahu membunuh diri
sebaliknya tertembak dirinya ketika mahu mengeluarkan peluru yang tersekat.
Peluru sesat juga mengenai kaki seorang budak lelaki berusia
tujuh tahun dan dada seorang pembantu jualan berumur 32 tahun yang kini dalam
keadaan kritikal.
Ketua Polis wilayah Udhon Tani, Kolonel Suchat Uthayo,
berkata anggota tentera itu ditahan kerana membunuh dan membawa senjata api di
tempat awam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia menggunakan pistol automatik 9mm dan punca pergaduhan
mereka si isteri tahu Phicet mempunyai wanita simpanan.
“Isterinya enggan kembali kepadanya, malah mahu bercerai,”
katanya. – Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian