Wednesday, December 10, 2025

“Kami Tak Nikah Sorok-Sorok”

March 20, 2018
1 min read
PERBEZAAN usia 22 tahun tidak menghalang cinta Aman dan
Reena yang diijabkabulkan di Kuala Ketil, Kedah, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun menduda, aktor, Aman
Graseka, 51, memilih model dan pelakon baharu, Reena Areena, 29, sebagai suri
hidup.
Hampir setahun menyulam cinta, dengan disaksikan keluarga
dan sanak-saudara, pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid
Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah, pada jam 11 pagi, semalam.
Foto pernikahan pasangan mempelai itu dimuat naik di laman
Facebook oleh rakan-rakan yang menghadiri majlis berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memberitahu BH Online, Reena menjelaskan bukan niat mereka
menyembunyikan hari bahagia, sebaliknya hanya melaksanakan perkara wajib iaitu
akad nikah.
“Kami tidak nikah sorok-sorok, sebaliknya hanya membuat
kenduri kecil-kecilan. Majlis akad nikah dan persandingan hanya dihadiri ahli
keluarga dan teman terdekat.
“Bagaimanapun, kami merancang mengadakan majlis resepsi
untuk keluarga dan kenalan, tidak lama lagi,” katanya.

AMAN mengucup dahi Reena selepas diijabkabulkan di Kuala
Ketil, semalam.
Tambah Reena, dia dan suami tidak merancang mengadakan
majlis pernikahan secara besar-besaran. Malah, perancangan berkahwin diatur
secara mengejut.
“Alhamdulillah, kami selamat bergelar suami isteri. Kami
tidak bertunang sebaliknya terus bernikah, semalam.
“Saya percaya perkara yang baik harus dipercepatkan. Jika
bertunang lama-lama bimbang dikebas orang,” katanya.
Reena memberitahu, suaminya bergegas ke Melaka, sejurus
majlis akad nikah dan persandingan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini kerana suami terikat dengan penggambaran sebuah drama
di Melaka. Sebaik selesai majlis, suami meminta izin daripada ibu bapa saya
untuk bertolak ke Melaka.
“Kami tidak berkecil hati kerana faham suami ada
tanggungjawab pada kerja. Selepas menyiapkan kerja, barulah kami fikir soal
berbulan madu,” katanya.
Reena berkata, dia berkenalan dengan Aman ketika mereka
menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production
di Perlis, tahun lalu.
“Perbezaan usia 22 tahun tidak menghalang cinta kami. Saya
jatuh hati dengan sikap penyayang dan romantik suami,” katanya.
Aman yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada
1995 pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.
Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 tahun
dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah yang ketika ini
berusia 20 tahun. – SL


REENA terpikat dengan sikap penyayang dan romantik Aman.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!
Sumber : BeritaHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,