Friday, December 12, 2025

Nazir Kesal Dituduh Sabotaj Datuk Jo

March 21, 2018
1 min read
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin, menzahirkan rasa kecewa apabila dirinya dikaitkan terlibat sebagai dalang dalam Umno Titiwangsa yang cuba mensabotaj ahli parlimen kawasan itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sebaliknya, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan yang kini tular di media sosial.

Secara terbuka, beliau juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Umno Bahagian Titiwangsa serta beberapa NGO semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya terpanggil untuk menyatakan bahawa saya tidak ada kaitan dengan unsur sabotaj beliau. Walaupun nama saya tidak disebut, tapi tempiasnya kena pada saya apabila ada beberapa pihak yang menuduh saya dalang kerana mahu bertanding jawatan itu.

“Sedangkan sebagai ketua Pemuda selama ini kita banyak bantu memperjuangkan masalah rakyat. Bukan untuk saya, tetapi untuk BN, untuk siapa pun yang bertanding demi kelangsungan kerusi parlimen,”katanya ketika mesyuarat khas bersama Pemuda Umno Titiwangsa, di sini.

Beliau membuat penafian itu susulan tindakan menggantung kain rentang yang tertera ‘Saya No!! To DJ’ dan ‘kami ahli Umno akar umbi Titiwangsa memohon kepada Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari’, 

#TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ.

Kain rentang itu dikatakan digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, yang kononnya didalangi ahli Umno.

Nazir juga menafikan terlibat dengan Kelab Aku Budak Chow Kit yang secara terang-terangan menyatakan pendirian hilang sokongan terhadap Johari.

“Ada yang kata saya bayar RM50,000 kepada mereka untuk buat semua ini. Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak terlibat,” katanya.

Sementara itu, Nazir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pemuda kawasan terhadap siapa pun calon wakil rakyat BN di Titiwangsa pada PRU ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Siapa pun calon, kami sokong. Pemuda akan lancarkan jentera PRU dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Bahagian Umno Titiwangsa Datuk Affendi Zahari bersama beberapa NGO parlimen itu membuat laporan polis terhadap fitnah dan unsur sabotaj berlaku terhadap Johari.

Sementara,Pengerusi Kelab Aku Budak Chow Kit, Ahmad Ayob Ramli menyatakan pendirian kelab yang didakwa mempunyai lebih 2,000 ahli merupakan pengundi Titiwangsa itu hilang sokongan terhadap Johari dan enggan memberi undi jika dicalonkan semula.

– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,