Categories: Berita Lain

Mahathir Kejutkan Forum, Minta Cakap ‘Depan-Depan’



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan apabila menghadiri Wacana Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.

Bekas perdana menteri itu hadir bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk “Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?”
Beliau yang berbaju kelabu ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan disambut dengan meriah oleh penyokong dan hadirin, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.
Bekas perdana menteri itu, kemudian menulis di Twitter mengenai kehadirannya.
“Ada forum bertajuk, “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” Saya hadir. I’m here guys. Say it to my face. (Saya ada di sini. Cakap depan-depan.), ” ciapnya.
Perdana Menteri selama 22 tahun itu kemudiannya dijemput menyertai perbincangan berkenaan.
“Bila saya letak jawatan… saya ingat saya boleh naik cruise(kapal layar),” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir juga berkongsi rahsianya kekal sihat pada usia mencecah 93 tahun.
“Ramai tanya saya macam mana nak jaga badan, bagi saya jangan terlebih makan. Bila sedap makan berhenti kata mak saya.
“Saya aktif bukan tubuh badan sahaja malah akal fikiran.
“Dari dahulu saya aktif iaitu memikir dan menyelesaikan masalah. Dari segi menjaga kesihatan saya sedar kalau kita terlalu gemuk ia tidak bagus,” katanya.
Sambil mengakui dirinya didesak untuk menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan, Dr Mahathir mengakui senang dengan perkembangan politik hari ini.
“Bila saya lancar Deklarasi Rakyat, pembangkang sertai saya. Saya banyak kali nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namun tak jalan.
“Bukan senang nak dalam kumpulan pembangkang kerana dahulu saya pernah kutuk mereka dan mereka pernah kutuk saya,” katanya.
Beliau juga mengakui bahawa golongan muda hari ini lebih berani bercakap berbanding dahulu.
“Ramai yang kawan saya dahulu, takut nak dekati saya sekarang ini rentetan pilihan politik saya,” katanya.

Mahathir juga kemudian mendominasi forum itu apabila moderator dan ahli panel sendiri turut bertanya soalan kepada Mahathir.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago