Friday, December 05, 2025

Penuntut Kolej Disangka Hilang Rupanya Dalam Lokap

March 24, 2018
1 min read

Misteri  kehilangan
penuntut kolej swasta selepas keluar dari rumah sewa di pangsapuri di Seksyen
16, Shah Alam, Khamis lalu, terjawab apabila ditemui dalam tahanan pihak polis
untuk pemeriksaan dalam satu operasi di restoran di Bandar Baru Klang.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, Mohammad Hafiz
Ismail, 24, dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam bersama seorang
rakan.
Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan
oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran
restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu, dia
bergegas ke lokasi terbabit, namun anaknya tidak berada di dalam kenderaan
berkenaan.
“Kami kemudian pergi ke restoran berhampiran untuk melihat
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
“Berdasarkan rakaman itu, Muhammad Hafiz dilihat berada di
restoran terbabit sedang makan bersama rakannya sebelum premis berkenaan
diserbu pihak berkuasa.
“Dia (Muhammad Hafiz) dan rakannya turut ditahan dalam
operasi itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk pemeriksaan
lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Noorliah berkata, sebaik melihat rakaman itu, dia membuat
pemeriksaan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan anaknya berada di
Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara selepas serbuan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya kemudian pergi ke IPD Klang Utara untuk memastikan
sama ada benar Muhammad Hafiz berada di sana.
“Polis membebaskannya selepas ujian saringan air kencing
dilakukan didapati negatif kira-kira 7 malam tadi,” katanya yang sudah menarik
laporan polis dibuat.
Katanya, dia bersyukur anak lelakinya itu dalam keadaan
selamat dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu
memberikan maklumat sepanjang tempoh kehilangan Muhammad Hafiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Anak Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu Bapa, “Setiap Lelahmu Tak Mampu Kami Balas”

KUALA LUMPUR – Dalam hidup setiap anak, ada satu impian yang sering

Penjual Donut Dijemput Jadi Tetamu Allah, “Selalu Ada Jalan Untuk Setiap Niat Baik”

KUALA LUMPUR, — Di saat dunia hari ini sarat dengan cerita yang