Friday, December 05, 2025

‘Rakyat Belum Merasa PM Daripada PAS’

March 25, 2018
1 min read

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi meminta rakyat
untuk memilih perdana menteri daripada PAS dengan memenangkan parti itu pada
pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata negara selama ini hanya ditadbir BN dan malah
calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) juga merupakan bekas perdana
menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
“HARAPAN akan menampilkan bekas perdana menteri yang
akan (memegang jawatan itu) semula, sama juga dengan BN (Datuk Seri Najib
Razak) yang jadi perdana menteri sekarang.
“Anda sudah ada pengalaman dengan kedua-duanya, tetapi
belum ada pengamalan mempunyai perdana menteri daripada PAS,” katanya
dalam program Dialog Perpaduan Nasional di Shah Alam, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Mahathir yang mentadbir negara selama 22 tahun dicalonkan
semula ke jawatan itu oleh HARAPAN bagi menempuhi PRU ke-14.
Najib pula dilantik menjadi perdana menteri pada April 2009
dan kini menjadi pemimpin ketiga yang paling lama memegang jawatan itu, selepas
Mahathir dan Tunku Abdul Rahman.
PAS menyasarkan meletakkan sekurang-kurangnya calon di 130
kerusi parlimen bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, atau
sekurang-kurangnya menyertai pembentukan kerajaan.
Di peringkat negeri pula, parti itu menyasarkan menang di
Kelantan, Terengganu, Selangor, Perlis dan Kedah.
Sallehen berkata lagi, rakyat boleh menukar kerajaan pada
PRU seterusnya jika PAS gagal mencapai piawaian selama sepenggal mentadbir
negara.
“Beri peluang sekurang-kurangnya satu penggal kepada
PAS dan kita akan gunakan peluang itu sebaiknya,” katanya yang juga
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak.
Beliau berkata PAS akan menampilkan majoriti calon daripada
golongan muda dan pelbagai kaum pada PRU ke-14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita tidak ambil calon berumumr 93 tahun ke atas,
tetapi yang muda, bertenaga, profesional, dan daripada pelbagai bangsa,”
katanya lagi.
Di Selangor juga
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata
parti itu telah memuktamadkan 90 peratus calonnya namun tidak akan membuat
pengumuman seperti parti lain.
Sallehen juga meminta rakyat memberi peluang yang sama
kepada parti itu di Selangor.
“Kita tengok bagaimana kita dapat realisasikan dalam
sepenggal. Kita ingin membina rasa hormat antara agama dan budaya, ini yang
paling penting.
“Sehingga pada pandangan orang Melayu dan Islam, orang
bukan Melayu dan bukan Islam adalah saudara. Mereka bukan musuh tetapi
saudara,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan