Wednesday, December 10, 2025

Tak Rela Dimasak, Ketam ‘Bertarung’ Guna Pisau

by
March 25, 2018
1 min read

ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu sentiasa menjadi santapan peminat makanan laut tidak kira di Malaysia atau di luar negara.

Rasanya yang enak dan lembut membuatkan orang ramai sanggup mengotorkan tangan semata-mata untuk menikmati santapan meliurkan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun satu rakaman video menyaksikan seekor ketam memegang sebilah pisau dengan sepitnya tular di media sosial dengan tindakan haiwan itu seolah-olah bertarung dengan seorang lelaki dipercayai tukang masak di sebuah restoran.

Lapor media luar negara seperti metro.co.ukdan The Sun, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Malaysia, namun jika dihayati tutur percakapan perakan video itu, ia bukanlah bahasa yang biasa didengari di Malaysia.
Menerusi ruangan komen di YouTube, seorang pengguna mengatakan bahawa bahasa yang dituturkan oleh perakam tersebut merupakan bahasa dialek utara Brazil namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video berkenaan dirakam.
Video mencuit hati berdurasi 30 saat itu menyaksikan lelaki tersebut juga memegang pisau dan seolah-olah melakonkan adegan aksi lawan pedang bersama ketam berkenaan.

Lebih menarik lagi, ketam yang berada di dalam sinki itu dilihat mengubah kedudukan pisau dari sepit kanannya ke sepit kiri sewaktu ‘pertarungan’ tersebut.
Setelah menunjukkan sifat kepahlawanannya mempertahankan diri, ketam itu kemudiannya melepaskan pisau berkenaan dan mengangkat kedua sepitnya seolah-olah menyerah diri untuk sebelum video itu tamat.
Nasib ketam itu selepas rakaman tersebut ditamatkan masih tidak diketahui sama ada haiwan laut tersebut berjaya menyelamatkan diri atau pun sudah menjadi sajian di atas meja


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk makluman, rakaman video ketam menggunakan pisau sebagai senjata ini bukanlah kali pertama berlaku.
Sekitar dua tahun lalu, tular satu rakaman video di YouTube seekor ketam mengacukan sebilah pisau kepada seorang lelaki sebelum cuba menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman apabila dikatakan pisau tersebut sengaja digamkan kepada sepit ketam bagi menunjukkan seolah-olah mengacah-acah pisau kepada musuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.