Friday, December 05, 2025

Ada Pihak Mahu Musnahkan Agenda Bumiputera – Mustapa

March 26, 2018
1 min read

JELI: Ada pihak dilihat cuba meraih keuntungan politik dengan
memainkan isu-isu berkaitan agenda bumiputera, kata Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Justeru, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan meminta golongan bumiputera supaya tidak terpengaruh dengan strategi
pihak berkenaan bagi mengelak agenda yang dirangka kerajaan sejak sekian lama
terbantut dan tidak dapat dilaksanakan.
“Ada pihak yang tidak senang hati dengan agenda negara
bagi memperkasakan bumiputra mereka mahu agenda itu dirombak semula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka mahu memusnahkan agenda-agenda bumiputera yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu demi kepentingan sendiri dan justeru kita
mahu rakyat bersatu dan tidak mudah mempercayai isu-isu yang boleh membawa
kepada perpecahan kerana kerajaan sudah menyediakan pelbagai agenda dan
perancangan bagi memperkasa setiap kaum di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Program Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Warga Pendidik Parlimen Jeli
di Dewan Lanas Perdana Politeknik Jeli di sini, hari ini.
Majlis yang disertai kira-kira 400 warga pendidik dari
Parlimen Jeli itu turut dihadiri Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr
Hassan Said.
Mustapa berkata golongan bumiputera seharusnya berbangga
dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memperkasakan mereka untuk
memiliki daya saing dengan kaum-kaum lain.
“Sebagai contoh UiTM menjadi kebanggaan kita kerana
telah banyak berjasa dengan melahirkan ramai tokoh negara, pemimpin, tokoh
korporat dan tokoh keusahawanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Selain itu, ramai anak bumiputera berpeluang
menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana keistimewaan yang
diberikan dan mereka mungkin tidak berpeluang untuk belajar di lain-lain
universiti kerana syarat kemasukan yang ketat,” katanya.
Sementara itu, Hassan berkata program UiTM bersama warga
pendidik itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada guru-guru mengenai
kepentingan universiti berkenaan kepada masyarakat Melayu dan bumiputera.
“Dalam masa sama, ia juga menjadi ruang untuk berkongsi
maklumat tentang peluang kemasukan pelajar ke UiTM sekali gus memberi peluang
kepada warga UiTM untuk mendengar pandangan, komen dan aspirasi pendidik
terhadap institusi pengajian ini,” katanya.
-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan