Tuesday, December 09, 2025

Jangan Lupa Isu Forex, Skyhawk, BMF. Hadi Sindir Tun M

March 26, 2018
2 mins read

SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat
menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya jangan membawa budaya ‘Me­layu mudah
lupa’ dengan hanya memfokuskan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
hingga lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu
lain.
Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan kepada siapa sin­diran
itu ditujukan tetapi dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan
merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan tersebut, kerana skandal Forex, Skyhawk
dan BMF berlaku ketika era pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun.
“Dalam masalah 1MDB kita mesti bersandarkan kepada kehakiman
yang adil, mestilah saksi yang adil, beriman, tidak rendah maruahnya. Orang
tiada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku hari ini
ialah saksi media, media pula media sosial. Kita tak kenal siapa jadi terdedah
kepada fitnah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab itu kita mesti kendalikan dengan seadilnya, bukan
sahaja 1MDB tetapi termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Apa yang berlaku sekarang ini,
kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’.
“Lebur (bongkar) 1MDB, yang dulu kita lupa semuanya, kita
(rakyat) tidak lupa,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi Dialog 2018
Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di sini hari ini.
Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu Suruhanjaya Sia­satan
Diraja (RCI) yang me­nyiasat kerugian urus niaga Forex bahawa beliau tidak
mengetahui mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan RM32
bi­lion, walaupun Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Jaffar Hussein sudah
memaklumkan kepadanya.
Berhubung skandal Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88
buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 di bawah Program Pembangunan
Istimewa Angkatan Tetap (Perista) tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik dan
selebihnya ditinggalkan di gurun Mojave Amerika Syarikat sehingga mengundang
pelbagai kritikan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara dalam skandal BMF pula, berlaku suntikan dana
secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator hartanah Hong Kong
pada 1982 dan pegawai Bank Negara, Jalil Ibrahim yang ditugaskan menyiasat kes
tersebut ditemukan mati dibunuh pada 19 Julai 1983.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, Pas kata
Abdul Hadi, bukan mem­bela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang
dituduh atau dikaitkan mesti dinilai de­ngan seadil-adilnya, bukannya bertindak
seperti orang me­nyembelih ayam daging, yang di­sembelih hingga licin satu
reban.
“Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah
tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum
dia bersalah, ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak
boleh menyebar fitnah, kalau ada fitnah pun, kita kena cari jalan
memurnikannya,” katanya.
– Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,