Categories: Berita LainHiburan

Namanya Siti Aafiyah… Memang Comel Anak Siti

SEBAGAI mana dijanjikan, genap usia tujuh hari, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan nama puteri kesayangan mereka sebagai Siti Aafiyah.

Media tempatan melaporkan bahawa Siti Nurhaliza, 39, memaklumkan bahawa pemilihan Siti Aafiyah itu turut disepakati mereka sekeluarga kerana nama tersebut sebenarnya cukup indah daripada segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati ia sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, malam ini.
Sementara itu, Khalid, 59, berkata, selain membawa maksud yang indah, nama Siti Aafiyah mudah diingati dan berkata: “Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.

Beberapa jam sebelum itu, buat pertama kalinya, wajah Siti Aafiyah yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram dikongsi secara rasmi melalui video dimuat naik dalam akaun sosial rasmi Instagram CTDK, seperti dijanjikan pasangan berkenaan sebelum ini.
Sejak dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Isnin minggu lalu, puteri sulung penyanyi yang baharu muncul dengan single Comel Pipi Merah itu dipanggil sebagai ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad SAW.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketika ini, Siti Nurhaliza menjalani tempoh berpantang sebelum kembali aktif menjelang akhir tahun. Sehingga jam 11 malam, klip video itu menerima lebih sejuta tanda suka manakala foto si comel mengenakan gaun berwarna hijau, meraih lebih 600,000 ‘likes’.
Kedua-dua entri itu dihujani komen peminat termasuk rakan artis yang rata-rata memuji wajah comel anak sulung pasangan itu manakala Siti Nurhaliza hanya mampu meluahkan: “Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi… Anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.”
Berita kelahiran puteri sulung penyanyi itu pantas tular apatah lagi detik indah tersebut amat dinanti-nantikan Siti Nurhaliza dan peminatnya sejak beliau mendirikan rumah tangganya dengan Khalid lebih 11 tahun lalu.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago