Monday, December 08, 2025

BN Naikkan Bantuan Khas Pesawah Jika Menang PRU14 – PM Najib

March 27, 2018
2 mins read

JERLUN: Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima
berita gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
beliau akan mengumumkan kenaikan bantuan khas pesawah jika Barisan Nasional
(BN) terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14).
Najib berkata beliau akan terus membuat pengumuman itu pada
malam kemenangan BN bagi menghargai sokongan penuh golongan berkenaan kepada
kerajaan sedia ada.
“Seandainya kerajaan BN diberikan sokongan sepenuhnya
dalam pilihan raya umum akan datang, malam kemenangan itu, saya umum kenaikan
khas kepada pesawah padi. Malam itu juga saya akan umum kepada pesawah.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk
membuat keputusan bijak, hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki
tambahan,” katanya ketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah
peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di sini,
hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk
Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen
Jerlun Datuk Othman Aziz.
Perdana menteri berkata golongan pesawah tetap mendapat
perhatian istimewa kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam
pengeluaran padi negara.
“Saya ingin tekankan bahawa pesawah padi merupakan
golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Kita mesti memahami jerih
payah keringat yang dicurahkan mereka sebagai pesawah padi,” kata beliau.
Najib berkata antara usaha kerajaan membantu pesawah adalah
dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga
2020 untuk membangunkan sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (Mada).
“Matlamat kita adalah untuk mencapai keluaran lapan tan
setiap hektar berbanding sebelum ini sekitar 6.19 tan setiap hektar. Sekiranya
kita dapat capai matlamat ini, pendapatan per kapita keluarga pesawah akan
meningkat RM48,000 setahun. Ini matlamat kita untuk kawasan Mada,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana menteri berkata semua bantuan yang diberikan kepada
pesawah adalah sangat berbaloi dan sememangnya patut dilakukan kerajaan kerana
mereka adalah golongan yang bekerja kuat.
Najib berkata tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan
RM1.69 bilion untuk subsidi dan insentif pesawah di seluruh negara.
Pada majlis itu, perdana menteri turut melancarkan bantuan
khas sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan untuk pesawah di seluruh negara.
Bayaran khas sebanyak RM600 itu sebagai usaha meringankan
beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi masing-masing.
Bantuan itu diberikan secara ‘one-off’ kepada 325,518
pesawah di seluruh negara. 
– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,