Tuesday, December 09, 2025

‘Dia Kata Saya Macam Gajah Dan Muka Macam Jalan Tar’ – Gadis Ini Bangkit Dan Buktikan Dia Boleh Hidup Tanpa Lelaki iIu

March 27, 2018
1 min read

“Dulu berat saya 63 kilogram (KG). Yes, gemuk dan muka
berjerawat. Saya masih ingat dia cakap saya macam gajah dan muka macam jalan
tar. Dia tinggalkan saya,” demikian tulis Zahara di Twitter yang menerima
pelbagai reaksi positif dari netizen.
Berkongsi pengalaman lalu, Zahara mengaku dia pernah dihina
sedemikian oleh bekas teman lelakinya dan ketika itu berat badannya 63 kg.
Enggan terus dihina seperti itu, Zahara mengambil inisiatif untuk bangkit
semula dan buktikan bahawa dia boleh berubah ke arah yang lebih baik, biarpun
tanpa adanya lelaki itu di sisinya.
“Gambar di sebelah kanan adalah penampilan saya yang
terkini. Alhamdulillah, 58 kg. Kalau teman lelaki korang tinggalkan korang,
improve diri korang menjadi lebih baik. Jangan sedih-sedih, okey?”
tulisnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Memetik portal The Reporter, semuanya bermula apabila Zahara mendapati bekas teman
lelakinya itu berlaku curang. Lebih teruk lagi, tanpa rasa bersalah lelaki itu
siap membanding bezakan Zahara dengan kekasih gelapnya itu.
“Dia kantoi curang, saya maafkan dia. Dia siap
membandingkan saya dengan perempuan yang dia curang itu. Hahaha.
“Itulah, saya pun dah rasa dulu. Saya okey saja, dia
yang rasa ‘bagus’,” tulisnya yang redha dan mengambil iktibar dari
peristiwa itu.
Berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan,
Zahara menasihatkan golongan perempuan di luar sana perlu tetapkan pada minda
mereka untuk berubah dengan bersenam dan menjaga gaya pemakanan.
“Tipsnya, kita kena tetapkan dalam otak yang diri kita
mahu menjadi lebih baik, agar dia (bekas) tahu yang kita boleh menjadi lebih
baik selepas kena game dengan dia. Barulah dia tahu yang kita boleh hidup tanpa
dia. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih rajin bersenam.

“Saya tak makan apa-apa. Saya jogging setiap hari,
workout jangan skip. Buat sit up saja, sekurang-kurangnya 30 kali sehari. Minum
air yang banyak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Untuk penjagaan kulit, saya tidak dapat membantu sebab
saya tak pakai skincare ke apa. Tips yang saya kongsikan ini tips dari orang
makan hati. Bahaya kalau tak makan apa-apa, setidak-tidaknya makanlah
buah-buahan,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,