Friday, December 05, 2025

Mangsa Keldai Dadah Di Peru Pulang Ke Tanah Air

March 27, 2018
2 mins read

SEPANG – Selepas menempuh perjalanan lebih 28 jam, dua
rakyat Malaysia mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terkandas di
Peru masing-masing selama 10 dan 12 tahun, selamat tiba di tanah air hari ini.
Ketibaan Noor Suzanna Azmi, 36, dan Noor Azimah Sapie, 38,
hasil inisiatif Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut pengerusi biro itu Datuk Dr Shamsul Anuar
Nasarah serta anggota keluarga kedua-dua mangsa.
Shamsul Anuar berkata misi selama enam hari BiKUM diketuai
Setiausaha Operasinya, Mohd Awie Shoubli Jamal itu turut berjaya membawa pulang
anak Noor Azimah, Qistina Maisara Alarcon Sapie, suami Noor Suzanna, Garlin
Lever Quispe Sanchez yang juga rakyat Peru serta dua anak mereka, Muhammad
Duler Akasyah Salas Azmi dan Garlin Junior Quispe Azmi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata usaha membawa pulang mangsa keldai dadah itu
dimulakan hampir dua tahun lepas selepas mereka menghadiri majlis Datuk Seri
Najib Tun Razak bersama rakyat Malaysia ketika Perdana Menteri menghadiri
Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pacific (APEC) di Lima pada November 2016.
“Proses membawa pulang mereka mengambil masa yang lama
kerana sebagai ‘pendatang asing’ banyak perkara melibatkan dokumen perlu
diselesaikan, apatah lagi kedua-dua mereka telah berkahwin dengan orang
tempatan dan mempunyai anak.
“Oleh kerana mereka pulang bersama keluarga, kita juga perlu
selesaikan dokumentasi ahli keluarga masing-masing bagi membolehkan mereka
masuk dan tinggal di negara ini,” katanya pada sidang media sejurus ketibaan
mereka.
Shamsul Anuar berkata BiKUM mempunyai perancangan khas untuk
membawa Nor Suzanna dan Noor Azimah menjelajah ke beberapa lokasi bagi
berkongsi pengalaman pahit serta pengajaran dalam usaha memupuk kesedaran di
kalangan masyarakat mengenai modus operandi sindiket serta bahayanya jika
terjebak menjadi keldai dadah.


“Selepas kerap berdepan dengan kes sebegini, kami merasakan
langkah pencegahan melalui kempen kesedaran perlu diperhebat daripada hanya
bertindak selepas insiden tersebut terjadi,” katanya dan menambah lebih
RM250,000 diperuntukkan bagi membawa pulang kedua-dua mangsa.
Nor Suzanna, yang gembira dapat pulang ke pangkuan keluarga,
menyatakan rasa terkilannya kerana tidak mendengar nasihat ibunya agar tidak
terpengaruh dengan tawaran melancong ke luar negara sebelum menjadi mangsa
sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Dia dilihat menangis dan meraung sekuat hati sambil memeluk
erat ibunya Nor Liana Maarof apabila kembali bertentang mata dengan wanita
cekal berusia 58 tahun itu selepas 12 tahun terpisah.
Keadaan bertambah sayu apabila ibunya menyuapkan pulut
kuning bersama sambal ikan bilis yang menjadi dambaannya sejak berpisah dengan
keluarga tersayang.
Nor Suzanna berkata daripada mengimpikan sesuatu yang indah,
kehidupannya bertukar suram, perit dan menyiksakan kerana terpaksa hidup dalam
ketakutan di negara orang sepanjang terkandas di Peru.
“Sebab itu saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada
daripada menjadi mangsa sindiket dadah kerana tidak semua tawaran yang mereka
sediakan percuma 100 peratus, sebaliknya setiap apa yang diberi, ada balasan
yang menanti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Perit memanglah perit…sebab itu saya amat berterima kasih
kepada BiKUM, Wisma Putra dan kerajaan Malaysia kerana sudi membawa kami pulang
semalam ke pangkuan keluarga,” katanya.
Bagi Noor Azimah pula, sepanjang 10 tahun di Peru, beliau
tidak boleh keluar rumah sesuka hati kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa
negara itu.
Dia yang terpedaya dengan tawaran melancong ke luar negara
menasihatkan masyarakat Malaysia khususnya wanita supaya lebih berhati-hati
apabila ditawarkan dengan pakej sebegitu apatah lagi turut dijanjikan dengan
sejumlah wang.
“Saya mahu kongsi bahawa tawaran melancong dan mendapat duit
adalah karut kerana kepercayaan itulah yang menyebabkan saya terkandas di Peru
dan melalui kehidupan menakutkan setiap hari,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti