Seorang lelaki kanibal ditahan polis selepas membunuh
seorang wanita dan kemudiannya memasak dan makan jantungnya.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Pelaku, Alexey Yastrebov, 35, ditahan di bandar Krasnoyarsk, Rusia selepas dituduh menikam mangsa yang dikenali sebagai Ekaterina Nikiforova di leher dan memotong kerongkongnya dengan pisau dapur.
Dia kemudiannya mengorek jantung dan paru-paru kirinya sebelum memasaknya di flatnya yang disewa, menurut penguatkuasaan undang-undang tempatan.
Selepas melakukan pembunuhan itu, Alexey menghubungi pemilik rumah, Zhanna Avdeeva dan meminta wanita itu menghubungi polis serta ambulan.
“Sila hubungi polis dan ambulan. Saya terbaring dalam darah, di sebelah saya adalah mayat,” ujarnya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Apabila pasukan paramedik tiba, Alexey memberitahu mereka bahawa ada jantung yang dimasak atas dapur sebelum mencuba menikam dirinya sendiri dengan gunting namun tidak berjaya.
Dalam pada itu, Zhanna berkata, ketika dia tiba di rumah itu, dia dapat melihat mangsa terbaring di bilik yang sama dengan dada yang terbelah dan leher yang ditikam.
Mangsa merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua anak perempuan berusia tujuh dan tiga tahun.
Yastrebov kini berada di bawah kawalan polis di wad penjagaan intensif hospital.
Sumber- Dailymail


