Categories: Berita Lain

Yusuf Azmi Akhirnya Undur Diri Dari PPIM Akibat Rasa Terlalu Kecewa Dikhianati Dan Difitnah


KUALA LUMPUR – Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi secara rasmi meninggalkan PPIM
apabila mengambil keputusan mengundurkan diri daripada perjuangan bersama NGO
itu setelah lapan tahun berkhidmat.
Pengumuman itu dibuat oleh Yusof sendiri disaksikan Ketua
Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan menerusi satu sidang media khas berlangsung
hari ini.

Yusof dalam sidang media berkenaan melahirkan rasa kecewa
dan terkilan terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini sehingga mencemarkan
nama baik PPIM, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, dia rasa dikhianati kerana difitnah oleh pihak
yang selama ini diberi pertolongan dengan ikhlas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya buat keputusan untuk tidak lagi bersama PPIM. Saya
hanya akan memenuhi jemputan untuk ceramah dan sebagainya tetapi tidak untuk
sebarang kes-kes aduan seperti yang saya lakukan selama ini. Saya tidak mampu
untuk teruskan perjuangan dengan PPIM adalah kerana pengkhianatan yang berlaku.
“Saya mahu teruskan kehidupan seperti biasa fokus dengan
perniagaan, serta meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Saya sudah ada
perancangan untuk beri makan kucing. Bina penempatan untuk bela nasib kucing-kucing
terbiar. Sekurang-kurangnya saya tahu kucing-kucing ini tidak akan gigit saya
balik,” katanya.
Yusof turut menafikan mendapat tekanan politik yang
menyebabkan dia membuat keputusan untuk mengundur diri.
Sebaliknya ia lebih kepada rasa kecewa terhadap pihak yang
selama ini dianggap seperti keluarga sendiri.

“Saya beri pinjam pada pengadu saya ingat sudah lebih pada
juta dan tidak pernah kita minta balik bagi pinjam RM3,000, RM5,000, RM10,000
bila kira-kira balik dah juta. Kita tidak harap apa-apapun tapi janganlah gigit
dan bunuh saya balik,” katanya.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, dia sudah memaafkan empat
individu yang sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang ketika pengurusan
kes-kes ah long yang dikendalikannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya berpegang begini, walaupun dalam keadaan kita
teraniaya, jangan kita berlebih-lebih. Mereka bersalah, tetapi takkan lah saya
nak buat sehingga mereka dipenjarakan.. saya bukan jenis manusia begitu. Saya
sudah maafkan mereka. Mereka juga sudah hentikan perkara-perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Nazim berkata, keputusan yang dibuat Yusof
telah dibincangkan dan PPIM sedia menerima keputusan itu bagi menghormati
permintaan Yusof.
“Yusof seorang budak yang degil. Macam mana dia degil untuk
bantu orang lain walaupun dia sendiri terpaksa susah. Saya sudah pujuk pun dia
tidak mahu. Namun PPIM sentiasa terbuka menerima Yusof sekiranya dia berubah
fikiran nanti,” katanya

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago