Friday, December 05, 2025

Hilang Sejak Sabtu Lalu Didakwa Diculik Seorang Wanita, Mayat Kanak-Kanak 6 Tahun Ditemui Dibuang Dalam Tandas.

by
March 28, 2018
1 min read



28 Mac – Seorang kanak-kanak, 6 tahun yang diculik pada petang Sabtu ditemui meninggal dunia di dalam tandas sebuah stesen keretapi Gujarat pada Isnin, lapor Times Of India


Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Anjali Saroj dikatakan diculik ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Mumbai Nalasopara. 


Saksi memberitahu, sebelum kejadian, Anjali dilihat sedang bermain dengan rakannya sebelum didatangi seorang wanita berusia 20-an dengan memberikan sekumpulan kanak-kanak itu coklat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Berdasarkan kenyataan rasmi pihak polis berkata, suspek dikatakan memberikan sekumpulan kanak-kanak itu coklat sebelum membawa Anjali ke stesen keretapi Nalasopara.

Jelas kenyataan polis itu lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Nalasopara jelas menunjukkan wanita itu melarikan Anjali.

Pada pagi Isnin, mayat Anjali ditemui di stesen Navsari yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi dia diculik.

Ahli keluarga Anjali mendakwa pihak polis lambat bertindak untuk menyelamatkan mangsa. Punca penculian masih dalam siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.