Wednesday, December 10, 2025

Tudung Logo Parti Politik Tular

March 28, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga tudung online memanfaatkan
kesempatan terbaik di sebalik bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mula
dirasai untuk meningkatkan pendapatan menerusi jualan tudung bercorakkan logo
parti politik.
Ternyata idea pemilik sebuah laman Facebook menggunakan nama
Wanny Jibril membuahkan hasil apabila mula tular di media sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apatah lagi peniaga itu menggunakan model ‘gadis manis’
sehingga mendapat perhatian ramai netizen apabila terdapat kira-kira 2,000
tanda suka, 5,846 perkongsian dan hampir 3,400 komen pada pukul 11 malam ini,
kira-kira hanya selepas sehari dimuat naik.
Rata-rata netizen yang memberi komen turut memuji langkah
berkenaan yang disifatkan sebagai pemasaran bijak tepat dalam musim pilihan
raya.
Namun ada juga usikan ‘nakal’ netizen yang menimbulkan
‘persoalan’ tentang ketiadaan tudung berlogo DAP sedangkan peniaga tersebut
menawarkan pelbagai pilihan tudung lain mewakili parti UMNO, Puteri UMNO, PAN,
Pas, PKR dan Barisan Nasional (BN).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Difahamkan tudung yang dikeluarkan oleh Chenta Watie Scarf
Kuala Lumpur menerusi Siri Satin Bawal Edisi Terhad Pilihan Raya itu dijual
pada harga RM59 sehelai dengan tempahan awal dibuka sehingga 14 April depan
dengan masa penghantaran dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari bekerja.
– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video