Tuesday, December 09, 2025

Mukhriz Dan Proton Punca Dendam Mahathir

March 29, 2018
5 mins read

PENDEDAHAN dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu
mengenai Tun Dr Mahathir yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
kerana didorong dendam ekoran permintaan peribadinya ditolak Najib, seharusnya
diberikan perhatian serius.
Antaranya, Ismail menyebut Najib menolak permintaan Mahathir
untuk menswastakan MAS kepada seorang rakannya, lesen judi sukan rakan Mahathir
diberi kelulusan dan berbilion diberikan sebagai bantuan kepada Proton.
Mari kita lihat satu lagi kejadian yang kemudiannya disusuli
dengan pengumuman popular pada Ogos 2014 di mana Mahathir tidak lagi mahu
menyokong Najib.
Saya yakin apa yang berlaku dalam tempoh 10 bulan sangat
kritikal untuk mendorong Mahathir menentang Najib walau apa sekalipun, yang
kemudiannya mencetus kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan
pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada September 2013, anak Mahathir, Mukhriz mengenepikan
saranan untuk mengekalkan status quo bagi jawatan tiga naib presiden UMNO,
sebaliknya memilih untuk bertanding sama, biarpun sebelum itu Mukhriz tewas
teruk bagi pertandingan jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008.
Seperti dijangkakan, Mukhriz kalah sekali lagi bagi jawatan
naib presiden ketika keputusan diumumkan pada 21 Oktober 2013.
Mahathir sangat ketara, berang dengan kekalahan anaknya dan
menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong
sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan
terakhir naib presiden.
Sebuah media asing turut memetik kemarahan Mahathir:
“Kami diberitahu mereka telah menghapuskan politik wang
ketika pemilihan Umno baru-baru ini, namun saya tidak yakin,” kata Mahathir
dalam satu sidang media di Putrajaya.
Biarpun beliau tidak menyebut nama Najib secara spesifik,
beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak penglibatan wang, melibatkan jutaan
ringgit, dan ramai yang tidak sepatutnya menerima undi memperolehinya kerana
wang yang dibelanjakan.”
Biarpun Mukhriz secara terbuka menyatakan dia mahu dilantik
oleh presiden sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namanya tidak
disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.
Najib yakin Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan
menteri besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya
sebelum mendaki tangga kepimpinan parti. Lagipun, Mukhriz akan menghadiri
mesyuarat Majlis Tertinggi berikutan jawatan menteri besar disandangnya, oleh
itu, dia tidak memerlukan jawatan yang sama melalui lantikan.
Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang
berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada
saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai
presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama
perlu dikembalikan kepada Mukhriz.
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika hari pertama
Perhimpunan Agung UMNO pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa
beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Beliau memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan
doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.
Berikutan apa yang berlaku dan bila ia berlaku, ramai yang
tidak mudah diperbodohkan dengan cubaan secara terbuka Mahathir untuk
menunjukkan rasa tidak puashati terhadap Najib atas kekalahan anaknya, Mukhriz.
Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan perletakan jawatan Mahathir sebagai
penasihat Petronas:
“Perletakan jawatan Mahathir, bagaimanapun, hadir ekoran
hubungan dengan Perdana Menteri, Najib Razak semakin tegang beberapa bulan
lalu, lebih-lebih lagi dengan keengganan Najib untuk memberi sokongan kepada
anak Mahathir bagi jawatan penting dalam UMNO. Lembaga Pengarah Petronas
melapor terus kepada perdana menteri.”
Di sebalik alasan kurang sihat dan faktor usia untuk menjadi
penasihat Petronas, Mahathir kemudiannya mengambil jawatan pengerusi Proton
Berhad, lima bulan selepas itu pada Mei 2014.
Ramai yang tahu, Mahathir menganggap Proton bagai anaknya
sendiri.
Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang
dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua
tahun lalu. Berikutan ambil alih itu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan
menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.
Proton berdepan masalah dan ia turut menjadi beban kepada
kumpulan DRB-Hicom. Beberapa tahun sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi,
kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion
ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.
Adalah menjadi pengetahuan umum, perlantikan Mahathir
sebagai pengerusi Proton adalah sebagai memberi tekanan kepada kerajaan untuk
menyalurkan bantuan berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai
bantuan.
“Dengan Dr M di Proton, Putrajaya tidak boleh katakan tidak
untuk wang yang diminta,” kata satu laporan.
“Perlantikan Dr Mahathir berusia 88 tahun itu sebagai
pengerusi Proton akan memperkukuhkan kedudukan Proton terhadap kerajaan.
Menurut beberapa individu, Mahathir kecewa ekoran keengganan Petroliam Nasional
Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi
Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam
syarikat pembuat kereta nasional itu,” kata laporan The Edge ketika itu.
Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima
geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.’
Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang
turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi
menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.
Alasan diberikan ialah rasa tidak puashatinya terhadap
keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA, menyalurkan BR1M, melaksanakan gaji
minimum dan menuduh Najib mengutamakan produk import berbanding barangan
tempatan yang dipercayai merujuk kepada Proton.
Tiada langsung disebut mengenai RM2.6 bilion atau 1MDB
ketika pengumuman itu ditulis.


Ironinya, sebagaimana manifesto Pakatan bagi Pilihanraya
Umum ke-14, Mahathir kini membuat pusingan-U bagi kebanyakan rasa tidak
puashatinya dengan menyatakan BR1M akan diteruskan dan menaikkan gaji minimum
sebanyak 50 peratus kepada RM1,500 sebulan.
Sebelum ini, Mahathir telah menulis bahawa kerajaan yang
melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan pada tahun 2011 akan menyebabkan
inflasi teruk, perniagaan akan lingkup dan mengurangkan daya saing Malaysia.
Tetapi kini, manifesto diumumkan beliau mahu menaikkan kadar itu kepada RM1,500
sebulan.
Secara ringkasnya, Mahathir sudah tentu merasa sangat kecewa
dan egonya terluka akibat layanan diberikan terhadap dua anaknya, Mukhriz dan
Proton sepanjang 10 bulan itu.
Mahathir sudah tentu menyalahkan Najib dan kekecewaan ini
diterjemahkan melalui kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam.
Pada awalnya, Mahathir mengorak langkah dan cuba untuk
mengguling Najib melalui pengaruh dalam parti namun gagal. Ini termasuk
menggunakan isu RM2.6 bilion dan siasatan 1MDB.
Dua bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari
jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin memberitahu ahli Majlis Tertinggi
UMNO bahawa sememangnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Najib tetapi
beliau mendakwa tidak terlibat.
Muhyiddin turut merujuk kepada RM2.6 bilion yang dimasukkan
ke dalam akaun Najib dan berkata beliau tidak mempunyai masalah terhadap dana
berkenaan kerana ia sememangnya adalah amalan dari dahulu lagi di mana wujud
satu akaun khas bagi presiden UMNO.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehingga kini, Muhyiddin enggan mengesahkan atau menafikan
apa yang dikatakan itu biarpun wujud satu rakaman audio pengakuannya yang sudah
disebarkan dua tahun lalu.
Selepas berusaha lebih dua tahun dan masih gagal
menggulingkan Najib ketika Mahathir masih lagi dalam UMNO, Mahathir kemudian
meninggalkan UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan termasuk musuh utamanya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Ramai pemimpin DAP berulangkali menyatakan mereka hanya
menggunakan Mahathir dan Mahathir tidak kisah dipergunakan asalkan matlamat
utamanya tercapai, iaitu membalas dendam.
Anda juga mungkin terfikir apakah konsesi yang diberikan
Mahathir kepada DAP serta PKR untuk menyatakan persetujuan bekerjasama.
Ini juga menjelaskan mengapa Mahathir membuat banyak
pusingan-U terhadap prinsip yang dilaungkan sebelum ini termasuk mengenai
Anwar, ISA, gaji minimum, GST, DAP, mengawal media dan sebagainya.
Beliau hanya menggunakan apa sahaja cara yang boleh, bercakap
apa dikehendakinya serta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat untuk
membalas dendam.
Dan ini sangat ketata ketika pelancaran manifesto Pakatan
bagi PRU14, di mana 45 minit dihabiskan Mahathir untuk menyebut nama Najib
beratus kali dan hanya beberapa kali sahaja menyebut tentang manifesto
berkenaan.
Sebagai peneraju Pakatan Harapan dan calon perdana menteri,
Mahathir sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat betapa hebatnya manifesto
mereka, apa manifesto mereka yang boleh selesaikan, bagaimana rakyat mendapat
manfaat dan apa visinya untuk negara ini.
Sebaliknya, beliau menggunakan platform itu untuk menyerang
secara peribadi terhadap Najib ekoran dendam menggunungnya.
Apapun, saya tidak tahu sama ada Mahathir sedar apa yang
termaktub dalam manifesto mereka. Bukannya beliau tidak peduli tetapi dendam
kesumatnya melangkaui segala-galanya, termasuk masa depan negaranya.
——————————————————————————————————————————–
* ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik
Barisan Nasional (BNSC).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi
penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Malaysian Update.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,