Wednesday, December 10, 2025

Pengutip Sampah Ini Popular Lepas Menang Ratu Cantik

March 30, 2018
1 min read



TUAH… Kehidupan wanita muda Maghribi ini, Sanaa Maatat
langsung tiba-tiba berubah selepas mendapat gelaran sebagai Ratu Cantik Pekerja
Pembersihan (Miss Cleaners) di negaranya.


Menurut media tempatan, hasilnya beliau menjadi selebriti
terkenal dalam sekelip mata selepas orang ramai mula berkongsikan
gambar-gambarnya menerusi media sosial kerana keunikan latar belakang kerjanya
sendiri.
Ramai netizen dilaporkan tidak percaya bahawa Sanaa yang
berusia 25 tahun itu sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan dan pengutip
sampah jalanan, kerana beliau amat cantik dan mempunyai kulit yang bersih, lapor Mynewshub.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Meskipun Sanaa berkata bahawa raut wajahnya yang cantik itu
boleh mendapatkan kerja yang lebih baik, beliau berkata dirinya tetap bangga
dengan apa yang dilakukannya dan tidak memikirkan untuk mengubah pekerjaan.

Sanaa juga seorang ibu kepada dua orang anak, berkata bahawa
beliau bekerja untuk mendapatkan kehidupan lebih baik untuk keluarga, yang
turut menambah bahawa membersihkan jalan raya merupakan baktinya kepada negara.
Beliau bukan hanya mendapat gelarannya itu dengan
kecantikannya tetapi kerana disiplinnya di tempat kerja kerana ini antara salah
satu syarat ditetapkan penganjur pertandingan ratu cantik OZONE Environment
& Services.


“Memenangi gelaran ini akan menyumbang kepada penghormatan
kepada semua pekerja pembersihan wanita dan mendorong mereka untuk melakukan
yang terbaik dalam melaksanakan kerja mulia ini,” kata Sanaa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lebih ratusan pekerja pembersihan mengutip kira-kira 2.5
juta tan sampah jalanan setiap tahun selain 20,000 tong sampah ditempatkan di
lokasi strategik seluruh Maghribi.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh