“KEPADA ibu bapa, saudara mara dan rakan, kalau saya ada
dosa pada semua, saya minta maaf. Kalau ada sikit pun saya minta maaf juga,”
pinta pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini uzur akibat
masalah jantung sejak empat tahun lalu.

Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkata, dia juga
mengingatkan kepada kenalannya agar menuntut hutang daripada ahli keluarganya
selepas meninggal dunia.

Menurut Bob, dia sudah merancang untuk membayar hutang namun
tidak ingat individu terbabit dan jumlah.

“Kalau saya ada hutang, boleh jumpa keluarga saya kalau
sudah meninggal. Dalam masa sama, saya sudah merancang untuk bayar semua
hutang, tapi tidak ingat pada siapa saya hutang sikit atau banyak.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Untuk jumlah banyak, saya sudah tulis. Insya-Allah isteri
akan selesaikan secara perlahan-lahan.
akan selesaikan secara perlahan-lahan.
“Masalah sekarang saya tidak ingat jumlah yang sikit. Namun,
mana yang ingat saya sudah maklumkan kepada isteri dan anak agar selesaikan
masalah ini. Saya tak nak jadi orang ‘muflis’ di padang mahsyar nanti,” katanya
ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di Sungai Buloh, petang tadi.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella berpesan kepada
semua kenalan agar segera bertaubat sebelum ajal tiba.

“Saya ramai kawan daripada segenap usia, golongan dan sikap.
Kepada rakan, kita sudah lalui satu kehidupan suka, seronok, melompat pergi
konsert, berhari raya, balik kampung bersama, pergi perarakan Maulud Nabi dan
banyak lagi. Pendek kata, kita sudah buat macam-macam.

“Namun, satu perkara kita jangan lupa buat adalah bertaubat
sebelum mati. Mengenai kehidupan dahulu Allah tidak ambil kira. Kalau kita
bertaubat dan dapat jadi manusia baik di sisi Allah dan mati dalam Islam,
insya-Allah kita masuk syurga sama-sama,” katanya.

Mengenai keadaan kesihatannya sekarang, bapa kepada lapan
cahaya mata itu mengalami kehilangan suara sejak sebulan lalu, pergerakan
terbatas dan memerlukan bantuan pernafasan di rumah.

“Saya masih boleh berjalan, tetapi dalam jarak 20 meter
saja. Itu pun saya perlu rehat dua kali. Malah, saya solat dalam keadaan duduk.

“Makan pula, saya sudah tidak rasa apa kecuali makanan
manis. Apa dilalui sekarang sudah tidak ada nikmatnya. Saya reda dengan ketentuan
Allah,” katanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Sementara itu, Bob berterima kasih kepada Mufti Wilayah
Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang membuat lawatan mengejut
ke rumahnya pagi tadi.

“Saya tidak tahu dia nak datang. Agak lama juga kami tidak
berjumpa. Sebelum ini saya selalu juga ke pejabatnya. Apa boleh dikatakan,
beliau seorang sahabat yang baik.

“Beliau mengetahui keadaan saya uzur selepas membaca akhbar
Harian Metro hari ini. Ketika pertemuan kami, beliau sempat membacakan doa dan
menitipkan madu Sidr.

“Pun begitu, kami tidak berpeluang berborak lama kerana
beliau kesuntukan masa disebabkan komitmen kerja lain,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan kepada Bob, sumbangan
boleh dibuat menerusi akaun isterinya, Relawati Daud (Public Bank – 4416206406)

Sumber: Harian Metro