Wednesday, December 10, 2025

PPBM Jawab RoS Sehari Sebelum Tarikh Tamat

March 30, 2018
1 min read



KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Melayu Malaysia (PPBM) berjaya
memenuhi tuntutan notis Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk
menyediakan dokumen yang diperlukan sehari sebelum tarikh akhir, iaitu hari
ini.

Dalam satu kenyataan media semalam, segala maklumat dan
dokumen itu diserahkan pada 2.45 petang, 29 Mac, dan ia mengandungi minit
mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti,
seperti mana dikehendaki RoS mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1996.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai sebuah parti politik yang sah berdaftar, PPBM akan
sentiasa mematuhi keperluan undang-undang. Oleh itu PPBM yakin RoS akan
bertindak mengikut lunas undang-undang yang benar dan tidak memangsakan  PPBM dalam apa jua cara  sehingga menggugat amalan dan prinsip
demokrasi atau mencabul  keluhuran
undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini dilaporkan, PPBM bakal menghadapi tindakan
pembubaran sekiranya ia gagal menepati apa yang dikehendaki RoS.
Ia sekaligus menghalang pihak berkenaan memproses
pendaftaran Pakatan Harapan, dan menimbulkan tanda-tanya sama ada mereka boleh
bertanding di bawah logo yang sama atau tidak sewaktu pilihan raya umum yang
bakal menjelang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perkara itu turut menimbulkan spekulasi mengenai parti
manakah yang bakal Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir bakal sertai bagi membolehkan mereka bertanding nanti.



Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,