Friday, December 05, 2025

Kerana Mabuk, Lelaki Langgar Lari Isteri Dan Anak Sendiri

March 31, 2018
1 min read

BEIJING: Seorang lelaki didapati bersalah apabila dia
dikatakan telah melanggar seorang wanita serta seorang kanak-kanak.
Bagaimanapun, lelaki terbabit hanya mampu meraung dan
meratap menyalahkan dirinya sendiri apabila mendapat tahu mangsa yang dilanggarnya
itu adalah isteri dan anaknya sendiri.
Suspek yang dikenali sebagai Zhang dikatakan melarikan diri
dari tempat kejadian selepas melanggar sebuah skuter elektrik yang dinaiki
seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di Zibo, Shandong.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beberapa orang saksi yang menjumpai wanita itu dan anaknya
yang kecederaan segera bertindak menghubungi ambulans dan polis.
Mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital,
namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian manakala
wanita itu dirawat di unit rawatan rapi.
Zhang yang mendapat tahu mengenai kejadian tersebut akhirnya
telah berjaya ditahan pada malam yang sama lalu dibawa ke hospital bagi
mengecam mangsa.
Dalam sebuah rakaman, Zhang dilihat meraung dan menangis
teresak-esak apabila dia dibawa semula ke lokasi kejadian pada keesokan
harinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Zhang, dia dan isteri serta anaknya itu dikatakan
baru sahaja pulang daripada makan malam di rumah saudara mereka.
Namun, isteri dan anaknya dipercayai pulang terlebih dahulu
sementara Zhang menyusul pulang dengan memandu van sendirian.
Hasil daripada laporan juga menyatakan bahawa lelaki
tersebut memandu dalam keadaan mabuk. 

Sumber: metro.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan