Categories: Berita Lain

PM Lancar Program Jimat Belanja Dapur


PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
melancarkan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan yang
dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Najib berkata program JBD yang sama dengan Program Jualan
Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan itu memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini
dengan menjual harga barangan lebih murah berbanding pasaran.
“Menerusi program JBD ini, terdapat 27 barangan yang dijual
dengan harga lima hingga 20 peratus berbanding harga pasaran, contohnya kobis,
yang biasanya dijual RM3.50 sekilogram di pasaran dijual RM2, telur sepapan
biasa dijual RM11 di sini di jual RM8.50.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah ayam di sini dijual seekor RM10 sedangkan harga biasa
RM8 hingga RM9 sekilogram dan kita banyak lagi barangan yang dijual dengan
harga yang murah dan lebih ramai rakyat kita harap dapat menerima faedah ini,”
katanya ketika berucap merasmikan Program JBD di Padang Awam Bandar Dara, Chini
di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin
Amiruldin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan
Industri Asas Tani Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Hal Ehwal
Felda Negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun serta lebih 10,000 penduduk dari
kawasan sekitar.
Program ini telah dilaksanakan di 718 outlet jualan Pasar
Tani, 426 AgroBazaar Kedai Rakyat (AKR), 110 AgroBazaar Rakyat 1 Malaysia
(ABR1M), 6 MyFarm Outlet serta di program-program MyBest Buy (NBOS) di seluruh
negara.
Usahawan-usahawan yang terlibat menjual 27 barangan
keperluan terpilih seperti ikan, ayam, sayur, barangan runcit dan barang
kawalan dengan potongan harga secara terus kepada pengguna.
Dalam majlis yang sama, Najib turut melancarkan Pusat
Khidmat Setempat@Pasar Tani dan Aplikasi Pasar Tani yang dilengkapi maklumat
asas seperti lokasi, masa operasi, produk menarik, harga semasa produk serta
promosi jualan di Pasar Tani.
Pelancaran aplikasi yang pertama seumpama itu merupakan
salah satu nilai tambah dalam perkhidmatan Fama bagi menyebar luas maklumat
berkaitan pasar tani kepada pengguna.
Pengguna boleh menikmati kemudahan itu dengan memuat naik
aplikasi tersebut secara percuma di ‘Google Store’ dan ‘Apple Store.
Najib yang anggota Parlimen Pekan turut melancarkan QR Pay
menjadi pemudahcara kepada pengguna dan peniaga di pasar tani dan dalam usaha
Fama menuju ke arah transformasi sistem jual beli lebih moden.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk pelaksanaan program itu, FAMA turut bekerjasama dengan
Maybank bagi melaksanakan QR Pay di outlet-outlet runcit FAMA termasuk di Pasar
Tani, Pasar Tani Kekal Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
(ABRIM), Gerai Buah- buahan Segar (GBBS), MyFarm Outlet dan My Best Buy .
“Malaysia sedang menuju ke arah masarakat tanpa tunai dan
tak perlu lagi bawa wang tunai untuk berbelanja sebaliknya hanya perlu membawa
aplikasi tunai. Ini telah menjadi amalan di negara-negara lain seperti China.
“Di China terdapat Aplikasi 310 untuk proses mikro kredit
yang mana mereka dapat memproses pinjaman mikro kredit dalam masa hanya tiga
minit sahaja sebelum meluluskannya setelah mengetahui kemampuan untuk membayar
balik pinjaman berkenaan atau tidak menerusi data yang ada pada sistem itu.
“Saya sebutkan ini sebab nak bayangkan dunia sudah berubah
dengan pantas sekali dan apa yang dilakukan hari ini, adalah tititk permulaan
sahaja untuk kita bergerak ke dunia baharu pada masa akan datang,” katanya. –
BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago