Connect with us

Berita Lain

4 Lagi Ahli BERSATU Keluar Parti, Sertai Umno


Empat lagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Larut yang diketuai bekas ketua bahagian BERSATU bahagian Larut Mohd Radzi
Ramli hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Mohd Radzi berkata tindakan itu dilakukan kerana hilang
kepercayaan terhadap parti itu yang hanya memperjuangkan kepentingan individu
tertentu sahaja selain berlaku perpecahan di kalangan anggota jawatankuasa.
”Masing-masing (ahli parti Bahagian Larut) menunjukkan
kehebatan serta menonjolkan diri dan saling pijak memijak antara satu sama lain
untuk dipilih sebagai calon bagi pilihan raya akan datang dan saya sebagai
ketua bahagian pun disisihkan begitu saja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya telah dijadikan batu loncatan untuk kepentingan mereka
atau individu tertentu sahaja. Saya individu yang menubuhkan BERSATU di sini
semenjak tahun 2016 bersama beberapa orang rakan yang lain telah dipinggirkan,”
katanya dalam sidang media di Taiping hari ini.
Tiga lagi anggota PPBM yang keluar parti pada hari ini
termasuklah ketua Srikandi BERSATU bahagian Larut Rosnani Wahab dan dua anggota
biasa.
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga
anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Umno tidak pernah
meminggirkan anggotanya atas sesuatu kepentingan.
“Ia sudah menjadi kebiasaan, pembangkang bila nak dekat
PRU14, baru nampak sikap diktator yang dilakukan pemimpin besar mereka. Barulah
nampak kuku besi, sebelum itu dia guna mereka (anggota BERSATU) dan bila sampai
pada waktunya barulah orang akan nampak apa berlaku sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata Umno sentiasa menerima mereka yang ingin
kembali kepada parti itu dengan hati yang terbuka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita percaya ramai lagi akan kembali dan mari kita teruskan
perjuangan asal kita, perjuangan datuk nenek kita, bukan untuk sesiapa tetapi
untuk membela nasib bangsa, agama dan negara,” katanya.
Pada Feb lepas, 50 anggota BERSATU Larut yang diketuai bekas
ketua penaja dan setiausahaBERSATU bahagian Larut Shafie Mohd Khairy juga
keluar parti dan menyertai Umno.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel