Connect with us

Berita Lain

4 Pelajar Kolej Dihukum Mati Kerana Bunuh Pensyarah


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan
sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh
pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.


Kempat-empat mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26,
Mohamad Sharafe Matt Noh, 25, Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan
Muhamad, 26.
Panel lima anggota mahkamah yang diketuai oleh Ketua Hakim
Negara Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas
Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa
pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.
Hakim Raus memutuskan bahawa keterangan terhadap
keempat-empat mereka adalah mencukupi untuk mensabitkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak,
Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah
Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin
dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.
Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe, Azizi Aizat dan
Mohamad Safwan yang menuntut di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah
membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej itu antara
1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac, 2012.
Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat juga
disabitkan kerana membunuh bapa pensyarah, Omar Peter Abdullah, 56, pesara
sebuah syarikat kewangan, antara 11.30 malam, 8 Mac, 2012, dan 1.30 pagi hari
berikutnya.
Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di No. 28, Jalan TK
1/11, Taman Kinrara, Puchong.
Pada mulanya, Mahkamah Tinggi pada 2014 telah membebaskan
Mohamad Safwan tanpa memanggilnya membela diri atas tuduhan membunuh Zara
Eleena dan bapanya.
Pada 30 Julai, 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan
membebaskan Mohamad Safwan atas tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi
mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan dia
kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.
Sabitan dan hukuman mati ke atas keempat-empat mereka
kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pihak pendakwaan tidak
memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan membebaskan Mohamad
Safwan kerana didakwa membunuh Omar Peter.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamad Sharafe
berhujah bahawa terdapat banyak percanggahan dalam keterangan saksi pihak
pendakwaan Fadhil Rusdan Rahman yang Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Saksi adalah seorang rakan sejenayah tetapi menjadi saksi
pihak pendakwaan.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi sepatutnya mempertimbangkan
keterangan saksi itu di peringkat prima facie tetapi Mahkamah Tinggi hanya
membuat pertimbangan selepas tertuduh dipanggil untuk membela diri.
Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Muhamad Safwan
berhujah bahawa jika Hakim Mahkamah Tinggi percaya keterangan Fadhil Rusdan,
maka mahkamah harus membebaskan anak guamnya kerana saksi tersebut telah
memberi keterangan bahawa Muhamad Safwan tidak terlibat dalam pembunuhan.
Timbalan pendakwa raya, Nurul Huda Noraini Mohamed Noor Noor
berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah menilai keterangan Fadhil Rusdan secara
keseluruhan dan mendapati dia adalah seorang saksi yang boleh percaya.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud mewakili Mohamad Zul
Shahril sementara peguam Shamsul Sulaiman mewakili Azizi Aizat. — BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel