Connect with us

Berita Lain

4,358 Akaun Media Sosial Palsu Diambil Tindakan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
(SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun media sosial palsu sejak
Januari 2017 hingga bulan lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh
Said Keruak berkata, sebanyak 80 peratus daripada jumlah tersebut telah dipadam
oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana
melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam tempoh yang sama juga, SKMM telah mengambil tindakan
sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan
maklumat serta berita berunsur palsu,” katanya menjawab soalan Senator Datuk
Seri Khairudin Samad pada sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Negara hari
ini.
Beliau meminta kerajaan menyatakan perancangan dalam
menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin
berleluasa di negara ini.
Jelas Salleh, sebanyak 45 kertas siasatan telah dibuka
berkenaan kes penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial yang
mana empat kes telah dihadapkan ke mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, menurut beliau, berdasarkan analisis yang
dijalankan oleh SKMM, majoriti masyarakat negara ini memperoleh berita palsu
daripada sumber aplikasi Whatsapp iaitu sebanyak 84 peratus diikuti Facebook (8
peratus), blog (4 peratus) dan lain-lain juga 4 peratus.
“SKMM akan terus memperkasa tindakan penguatkuasaan,
siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial dan
internet secara amnya menerusi Jawatankuasa Khas Jenayah Siber yang dianggotai
oleh pelbagai kementerian dan agensi,” katanya.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel