Connect with us

Berita Lain

Agong Dianugerahkan Felo Kehormat St Cross College Of Oxford


OXFORD: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah
dianugerahkan Felo Kehormat St Cross College of Oxford, United Kingdom.
Seri Paduka menerima anugerah felo itu pada satu majlis di
St Cross College pada malam Rabu dan penganugerahan itu meletakkan kedudukan
baginda dalam rangkaian antarabangsa 14 Felo Kehormat dan Domus St Cross
College.
St College Master, Carole Souter menyampaikan pingat dan
sijil felo itu kepada Seri Paduka dengan disaksikan oleh Naib Canselor St Cross
College Profesor Louise Richardson dan kakitangan akademik kolej.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

St Cross College merupakan satu daripada 38 kolej University
of Oxford yang berprestij. Ia didedikasikan semata-mata kepada Pelajar Siswazah
dan Felo.
Souter dalam ucapannya berkata Felo Kehormat di Kolej itu
terdiri daripada sekumpulan kecil individu terpilih yang sangat dihormati lagi
terkemuka.
Felo Kehormat adalah anugerah sangat berprestij yang
dianugerahkan oleh universiti setiap tahun kepada individu yang melakar
keunggulan yang mempunyai hubungan dengan universiti atau dengan Wales, dan
telah memberikan sumbangan cemerlang dalam bidang pilihan mereka.
Penerima Felo Kehormat itu ialah pemegang anugerah tersebut
seumur hidup dengan keistimewaan untuk menghadiri majlis jamuan secara
berkekalan dan juga keistimewaan menjadi anggota kolej.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sultan Muhammad V mendapat pendidikan di Oakham School,
Rutland di England sehingga 1989 dan kemudian melanjutkan pengajian dalam
bidang Pengajian Diplomatik di St Cross College di Oxford dan dalam bidang
Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
Seri Paduka kemudian berangkat menghadiri majlis makan malam
bersama para tetamu lain sebelum ke Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
dan menanam pokok sempena lawatan baginda ke pusat itu.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel