Connect with us

Berita Lain

Akhirnya Rozita Hadir Bagi Semakan Semula Kes


SHAH ALAM – Selepas gagal hadir bagi semakan semula hukuman
di Mahkamah Tinggi Shah Alam Rabu lalu, Rozita Mohamad Ali, yang mengaku
bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu, hadir di mahkamah hari
ini.

Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai serba hitam itu
hadir ke mahkamah bersama dua peguamnya kira-kira jam 8.55 pagi, berikutan
permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara dan prosiding
dijangka bermula pada bila-bila masa sahaja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan
bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu,
selain perlu membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan sedemikian
selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan
dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.
Suri rumah terbabit sebelum ini berdepan dengan hukuman
penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh, namun
pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas
hati, termasuk Pejabat Peguam Negara, yang turut memfailkan rayuan terhadap
keputusan mahkamah itu.
Pada 21 Disember dua tahun lalu, pembantu rumah terbabit,
Suyanti, ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal
keselamatan. – BH ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel