Connect with us

Berita Lain

Aneh, Semut Keluar Dari Mata Budak Perempuan Ini Setiap Hari, Doktor Bingung Punca Kejadian


Semut keluar dari mata. Aneh, namun itulah yang berlaku pada
seorang budak perempuan apabila berpuluh ekor semut keluar dari matanya.
Kejadian yang berlaku pada Ashwini yang berumur 11 tahun di
wilayah Belthangady, India itu telah mengejutkan ramai doktor yang bingung akan
punca kejadian tersebut.
Ianya bermula pada suatu pagi apabila kanak-kanak itu mula
mengadu matanya sakit teruk dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia merasakan
gatal pada kelopak matanya itu.
Setelah diperiksa, ibu bapanya mendapati terdapat semut mati
di bawah kelopak matanya. Bagaimanapun, mereka tidak menganggap ia serius
kerana berfikir serangga itu masuk ke dalam matanya ketika dia sedang tidur dan
tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walaubagaimanapun, masalah tersebut  berterusan. Kali ini mereka menemui lebih
banyak semut yang sudah mati dari matanya dan mereka terus membawa Ashwini ke
hospital.
Doktor memberikan beberapa titis ubat mata untuk membantu
rasa tidak selesa yang dialami Ashwini, tetapi setiap hari terdapat lima hingga
enam ekor semut dikeluarkan dari matanya setiap hari.
Situasi ini menyebabkan doktor-doktor di Belthangady bingung
tentang bagaimana semut-semut itu boleh berada di mata Ashwini atau apa yang
dapat mereka lakukan untuk menghentikan fenomena aneh ini.


Doktor tidak pasti bagaimana ia mendarat di matanya tetapi
mereka percaya bahawa mungkin semut itu masuk melalui telinga gadis itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut sumber, ibu bapanya bimbang gadis itu terpengaruh
oleh semangat jahat, jadi mereka membawanya ke ahli nujum yang memberitahu
mereka  bahawa semut di mata itu adalah
disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil Naga Dosha (sumpahan ular).
Sementara itu, Ashwini juga telah dibawa ke hospital mata
lain oleh guru sekolahnya. Tetapi, para doktor berkata sehingga hari ini mereka
melihat fenomena itu sendiri tetapi mereka tidak dapat membuat sebarang
kesimpulan.
Sumber : ibtimes/Siakapkeli.my

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel