Connect with us

Berita Lain

Anwar Sah Bebas 8 Jun


KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan pada Jumaat, 8 Jun 2018,
dua hari lebih awal daripada dijadualkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, tarikh pembebasan sebenar Anwar adalah pada 10 Jun ini, namun beliau
boleh dibebaskan dua hari lebih awal berikutan 10 Jun jatuh pada Ahad dan 9 Jun
pada Sabtu.
“Pengiraan tempoh hukuman, remitan dan tarikh pembebasan
seseorang banduan termasuk Anwar dibuat oleh Jabatan Penjara mengikut ketetapan
Akta Penjara 1995 serta Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Akta dan Peraturan Penjara memperuntukkan sepertiga remitan
daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu
bulan.
“Sekiranya pembebasan banduan jatuh pada hari kelepasan
mingguan atau kelepasan am, banduan tersebut hendaklah dibebaskan pada hari
sebelumnya,” katanya melalui jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.
Namun katanya, hukuman dan tarikh pembebasan seseorang
banduan boleh berubah jika banduan melakukan kesalahan tatatertib penjara dan
menyebabkan tindakan pelucuthakan remitan di bawah Peraturan-Peraturan Penjara
2000.
Anwar, 71, dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di
Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat pada Mac 2014 selepas Mahkamah
Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman bersalah terhadapnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel