Connect with us

Berita Lain

‘Apakah Makna Takbir Yang Dilaungkan Itu?’


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini
melontarkan pertanyaan, apakah yang sebenarnya dibesarkan oleh penyokong parti
politik apabila mereka melaungkan takbir.
Katanya, adakah mereka benar-benar membesarkan Allah atau
sebaliknya sekadar membesarkan parti sendiri dengan menggunakan nama tuhan.
Menurut Mohd Asri dalam keadaan begitu jugalah sesetengah
individu berasa “hairan” apabila melihat ada artis menggunakan nama
agama di kelab malam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apakah beza antara hal itu dengan apa yang orang
politik lakukan selama ini ketika memperdagangkan agama untuk undi pilihan
raya? Bahkan orang politik dalam banyak hal lebih dahsyat!” katanya hari
ini.
Mohd Asri yang selalu mengulas pelbagai isu semasa juga
mengingatkan ada parti politik yang menggunakan ungkapan “berjuang dan
berpolitik untuk menegakkan hukum Allah” tetapi pada masa sama melanggar
apa yang dilarang Islam.

Katanya ganjil benar apakah yang difahami oleh pihak
terbabit mengenai “hukum Allah” yang selalu diulang-ulang berkenaan.
“Tidakkah menurut hukum Allah kita dilarang memaki
hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama Muslim,
berbohong apatah lagi atas nama politik agama, memfitnah orang lain, memutar
belit nas-nas agama untuk kepentingan politik kepartian, rasuah, menentukan sah
batal amalan agama berdasarkan sokongan kepada parti apa lagi menentukan syurga
neraka dengan lambang parti politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tidakkah dalam perjuangan mereka yang kononnya atas
nama menegakkan hukum Allah, entah berapa banyak hukum Allah yang telah
dilanggar,” katanya.
Justeru menurut Mohd Asri, berdasarkan tindakan yang dapat
dilihat itu mendorong pertanyaan sama ada kumpulan parti politik itu memang
mahu menegakkan hukum Allah atau sekadar mahu meraih undi dalam pilihan raya.
Bagaimanapun mufti itu tidak menamakan kumpulan atau parti
politik terbabit.
“Jika ada parti yang tidak terbabit, jangan
terasa,” katanya.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel