Connect with us

Berita Lain

Bayi Terselamat Selepas Dicampak Ibu Dari Jambatan


SEORANG bayi yang berusia tujuh bulan nyaris maut selepas dicampak dari sebuah jambatan setinggi 118 kaki oleh ibunya sendiri. Bayi itu terjatuh di atas lumpur dan hampir tenggelam sebelum diselamatkan oleh dua anggota polis yang tidak bertugas.
Ibunya, Carla Regina Mendes, 23, mencampakkan bayi bernama Thayller itu dari jambatan José Sarney Bridge, di Sao Luis, Brazil. Dia dipercayai mengalami masalah mental dan kemurungan.
Carla diarahkan menjalani ujian penilaian mental dan berdepan dakwaan cubaan membunuh namun ia bergantung kepada laporan doktor.
Dalam pada itu, dua anggota polis yang menyelamatkan bayi tersebut, Danilo Pestana dan Herberth Ribeiro baru balik dari latihan bola sepak ketika kejadian berlaku.
Mereka sedang menunggang motorsikal apabila melihat seorang wanita di atas jambatan dikerumuni orang ramai dan tiba-tiba seorang lelaki menjerit bahawa wanita itu baru mencampakkan bayinya.
Daniloa dan Herberth bergegas turun ke arah lumpur itu dan dapat melihat bayi itu hampir tenggelam.
“Kami sukar mengesan kedudukan sebenar bayi itu dan hanya nampak kepalanya. Dia hampir lemas malah lumpur berada dalam mulutnya. Lumpur itu juga menyukarkan pergerakan kami. Ketika kami menghampirinya, bayi itu menangis.
“Tangisannya meruntun hati kami dan kami memaksa diri untuk sampai kepadanya sebelum dia tenggelam di sebalik lumpur itu. Namun mendengar suaranya cukup menggembirakan hati kami kerana dia masih hidup,’’ kata Daniloa.
Daniloa dan Herberth sempat sampai tepat pada masanya kerana ketika itu bayi tersebut sudah hampir tercekik. Dia dibawa ke hospital.
Menurut doktor, bayi itu hanya mengalami lebam di kepala dan belakang badan. Beberapa siri ujian yang dijalankan mengesahkan tiada kecederaan serius dialaminya dan keadaannya juga stabil.
Dalam pada itu, seorang saksi di tempat kejadian, Marcelo berkata, dia melihat wanita itu berjalan di atas jambatan bersama bayinya dan keadaannya mencurigakan.
Selang beberapa minit, wanita itu telah mencampakkan bayinya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel