Connect with us

Berita Lain

Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam Bebas Tuduhan


PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul
Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro kekal bebas daripada lapan pertuduhan
mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM80,000 10 tahun lalu.
Mahkamah Rayuan hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah
Tinggi Shah Alam, yang melepas dan membebaskan Abdul Rahman dan Rosli selepas
menolak rayuan pihak pendakwaan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim
Datuk Mohd Zawawi sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati
terdapat beberapa elemen pertuduhan yang menimbulkan keraguan dari sudut
undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Korum itu turut dianggotai Datuk Kamardin Hashim dan Datuk
Rodzariah Bujang.
Ketika membuat keputusan itu, Mohd Zawawi berkata, keraguan
tersebut termasuk kegagalan menentukan siapakah prinsipal tersebut dan sama ada
terdapat elemen niat dalam perbuatan.
“Kami bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa
terdapat elemen kecuaian, namun tidak terdapat elemen curang terhadap tertuduh.
Oleh itu, kami menolak rayuan pendakwaan.
“Kedua-dua responden dilepas dan dibebaskan,” katanya.
Mohd Zawawi turut menasihati semua pihak agar berhati-hati
membuat sebarang tuntutan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, sejurus keputusan diumumkan, Abdul Rahman dan
Rosli berpelukan, dan menitiskan air mata.
Pada 11 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan
keputusan Mahkamah Sesyen pada 29 Februari 2012 yang menjatuhkan hukuman
penjara enam tahun dan denda RM400,000 atas lapan kesalahan menggunakan dokumen
peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program
serta aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
Kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Rayuan sebelum mahkamah
tersebut memerintahkan ia dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan dilepas serta
dibebaskan pada 27 Mei 2016.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel