Connect with us

Berita Lain

Bekas Gitaris Rock Akui Bunuh Wanita Direman Seminggu


ALOR SETAR, 13 Mac — Seorang bekas gitaris sebuah kumpulan
rock hari ini direman untuk siasatan kes pembunuhan wanita warga emas pada 25
Februari lalu.

Suspek direman sehingga 19 Mac selepas mengaku membunuh Kau
Fu Eng, 71, dalam pergelutan ketika menyamun rumah mangsa di Taman Malaysia,
Pumpong di sini, lapor Harian Metro.
Perintah reman dikeluarkan penolong kanan pendaftar Mahkamah
Alor Setar Nor Azah Idris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al
Athrash Wahid berkata gitaris itu disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh.

Suspek berusia 44 tahun, asal Johor, ditahan di Kuala Lumpur
pada 28 Februari lalu berkaitan satu kes pecah rumah di Taman Golf di sini.
Suspek dan kumpulannya pernah melayakkan diri ke peringkat
akhir Anugerah Juara Lagu 1990 dan finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan
Popular.
Semalam, timbalan ketua polis negara dilapor berkata motif
pembunuhan ialah pecah rumah yang membawa kepada pergelutan sebelum kematian
mangsa.
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek ada 17 rekod
jenayah berkaitan dadah dan pecah rumah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel