Connect with us

Berita Lain

Bersatu Buka Pintu Kepada Mahfuz, Azmi


ALOR SETAR – Ura-ura mengatakan dua lagi wakil rakyat Kedah
bakal berhijrah kepada Bersatu semakin kuat diperkatakan kebelakangan ini.
Ia gara-gara tular gambar dua wakil rakyat berbeza parti
duduk semeja berbual ‘mesra’, iaitu Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain dan Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Turut kelihatan, pegawai kepada Timbalan Presiden Bersatu,
Mohd Khairil Othman serta AJK Umno Bahagian Baling, Mohd Taufik Yaacob.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mukhriz ketika ditanya kemungkinan kedua-dua tokoh itu
memilih Bersatu menjelang PRU14 akan datang, katanya, hanya individu berkenaan
boleh membuat keputusan itu namun parti itu bersedia membuka pintu kepada
mereka.
“Jika benar Azmi dan Mahfuz mahu sertai Bersatu, kita
alu-alukan, namun belum ada kepastian tentang apa yang dihebohkan itu,”
katanya.
Mukhriz berkata, pihaknya sudah pun menganggap Mahfuz
sebahagian daripada Pakatan Harapan (Harapan) walaupun belum mengumumkan parti
pilihannya.
“Mahfuz belum tetapkan keputusan pilih parti mana dalam
Harapan. Beliau hanya keluar Pas dan status parti masih tergantung. Yang
penting, beliau sudah jadi sebahagian daripada Harapan dan ia bagi kekuatan
kepada gabungan ini,” katanya.
Berdasarkan pengamatan politik di Baling, kedudukan Azmi
juga ‘tidak selamat’ dan kemungkinan tidak dicalonkan semula di kerusi Bayu,
gara-gara agak lantang bersuara mengkritik parti selain didakwa tidak mempunyai
hubungan baik dengan Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, sekiranya Azmi
berhasrat mengubah haluan politiknya, Bersatu tiada masalah menerima Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Kedah itu.
“Setakat ini, saya tak dapat bayangan Umno Baling akan
tawarkan kerusi untuk Azmi bertanding kerana umum mengetahui hubungan antara
dua pemimpin itu kurang mesra.
“Azmi masih ada pilihan sertai parti lain jika ingin
teruskan karier politiknya,” katanya.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel