Connect with us

Berita Lain

Bicara Bela Diri Kes Tangguh, Tertuduh Muntah, Cirit


KUALA LUMPUR – Perbicaraan membela diri hari keenam kes
pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi
hari ini ditangguhkan kerana dua tertuduh dalam kes itu muntah dan cirit-birit.
Peguam V.Rajehgopal memaklumkan kepada mahkamah bahawa dua
anak guamnya iaitu tertuduh kelima, M.Vishwanath dan tertuduh ketujuh, S.Ravi Chandaran
dipercayai mengalami keracunan makanan.
“Saya tidak fikir Vishwanath boleh memberi keterangan hari
ini kerana dia muntah-muntah di dalam bilik lokap mahkamah,” katanya yang
kemudian memohon prosiding hari ini ditangguhkan kepada hari lain manakala
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin tidak membantah permohonan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar keterangan pembelaan
Vishwanath, yang merupakan saksi pembelaan keempat.
Hakim Datuk Azman Abdullah berkata mahkamah juga khuatir
jika perbicaraan diteruskan, ia akan menjejaskan kedua-dua tertuduh dan beliau
menangguhkan perbicaraan kes itu kepada 9 April.
Terdahulu sebelum prosiding bermula, kedengaran dua individu
yang berada di lokap mahkamah muntah-muntah sebelum dimaklumkan mereka adalah
tertuduh dalam kes itu.
R. Dinishwaran, 26; A.K Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28;
S. Nimalan, 25, Ravi Chandaran, 47, dan doktor tentera Kolonel Dr
R.Kunaseegaran, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin
Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D,
Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan
dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika
sabit kesalahan.
Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi
konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015
selepas dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel