Connect with us

Berita Lain

Budak 9 Tahun Tembak Kakak Tiru Aksi ‘Video Game’



GARA-GARA berebut alat kawalan pemain video, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun telah menembak belakang kepala kakaknya di utara Mississippi, Amerika Syarikat.

Lapor Astro Awani, kejadian tersebut berlaku selepas kanak-kanak lelaki berkenaan naik angin apabila kakaknya yang berumur 13 tahun enggan memberikan alat kawalan permainan itu kepadanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Le Bonheur di Memphis bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tembakan yang tepat mengenai otak mangsa telah menyebabkan mangsa kemudian disahkan sebagai tidak lagi bernyawa.
Kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas tetapi hanya disebarkan kepada media Ahad lepas.
Semasa kejadian, ibu kedua-dua beradik tersebut sedang menyuapkan makanan kepada anaknya yang lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Misteri keberadaan pistol yang didapati oleh kanak-kanak lelaki tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis dan menjadi tanda tanya orang ramai

menurut pihak berkuasa, Sheriff Cecil Cantrell dari Monroe County, pihaknya masih menyiasat tindakan kanak-kanak lelaki tersebut.
“Kanak-kanak lelaki itu hanya berusia sembilan tahun. Saya beranggapan, dia mungkin meniru aksi di televisyen atau permainan video.
“Saya juga tidak tahu sama ada kanak-kanak itu sedar apa yang dia lakukan. Saya tidak mampu menjawabnya. Kejadian ini adalah satu tragedi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel