Connect with us

Berita Lain

Ceroboh Data Peribadi, Pemuda UMNO Gesa Siasat Invoke


PUTRAJAYA — Pemuda UMNO hari ini membuat laporan kepada
pihak berkuasa untuk menyiasat pusat kaji selidik, Invoke Malaysia (Invoke),
kerana didakwa menceroboh data peribadi kira-kira 15 juta rakyat Malaysia.
Aduan dibuat oleh Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO
Ibdilillah Ishak di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan Jabatan Perlindungan
Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini secara berasingan.
Ibdilillah yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di
IPD Putrajaya berkata siasatan segera terhadap Invoke yang diasaskan Naib
Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli perlu dibuat kerana dibimbangi data yang
digunakan pusat itu sebagai hasil dapatan diperoleh tanpa kebenaran pemilik
data.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata walaupun laporan Invoke menyatakan mereka
menggunakan kaedah membuat panggilan telefon kepada berjuta-juta responden
dengan menggunakan perkhidmatan Interactive Voice Response (IVR), iaitu peti
simpanan suara yang membolehkan panggilan dijawab segera dan menyimpan maklumat
berkaitan bagi tujuan analisis tetapi ia tetap menimbulkan keraguan tentang
cara Invoke memperoleh maklumat serta data peribadi rakyat Malaysia sebegitu
banyak.
“Adalah Invoke memperoleh data peribadi rakyat Malaysia
secara sah atau terlibat dalam pencurian data peribadi berjuta-juta rakyat
Malaysia? Siapa sumber yang memberi data-data tersebut kepada mereka? Dan lebih
utama, apakah pusat itu mendapat kebenaran JPDP untuk menyimpan dan menggunakan
data tersebut,” katanya.
Beliau berkata Pemuda UMNO tampil membuat laporan agar pihak
berkuasa segera melakukan siasatan menyeluruh di bawah Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 bagi merungkai dakwaan pencerobohan data peribadi oleh pusat itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut laporan yang dikeluarkan Invoke bertajuk “GE14
Prediction – What the Big Data Tell Us”, ia antara lain mengandungi kajian
mengenai jangkaan Pakatan Harapan akan menawan lima buah negeri pada Pilihan
Raya Umum ke-14 selain PAS tidak akan memenangi sebarang kerusi negeri dan
Parlimen termasuk di Kelantan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel