Connect with us

Berita Lain

Dana Khas ASB RM1.5 Bilion Kepada Warga PDRM


KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Permodalan Nasional Berhad
(PNB) memperuntukkan dana khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM1.5
bilion menerusi Skim Pelaburan ASB i-KOP kepada warga Polis Diraja Malaysia
(PDRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim
khas itu dijangka memberi manfaat kepada seluruh warga PDRM yang menjadi
anggota Koperasi PDRM, bakal pesara yang berusia 55 tahun serta pesara polis
untuk jaminan masa hadapan mereka.
Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada Majlis
Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
(Pulapol) di sini, hari ini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin
Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak
RM15 juta untuk kerja-kerja pembaikan di seluruh kuarters Pulapol, Kuala
Lumpur.
“Gunalah peruntukan ini sama ada untuk memperbaiki lif atau
apa jua kerosakan di kawasan ini,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut
meluluskan sebanyak 10,000 unit rumah menerusi Skim Perumahan Penjawat Awam
1Malaysia Polis Diraja Malaysia (PPA1M-PDRM) yang diumumkan pada Bajet 2018
untuk membantu anggota PDRM yang belum memiliki rumah sendiri.
“(Setakat ini) sebanyak 840 unit sudah diluluskan untuk
pembinaan menerusi usaha sama koperasi polis dan syarikat swasta. Ini akan
disusuli 405 unit yang juga dibina untuk anggota PDRM di Putrajaya,” katanya.
Beliau berkata harga rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih
rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM120,000 hingga RM300,000 untuk
setiap unit dengan keluasan 850 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.
“Inilah beberapa pengumuman sebagai buah tangan kepada PDRM
sebab saya tidak ingin tuan-tuan pulang dengan tangan kosong,” katanya.
Dalam pada itu Najib turut melahirkan penghargaan kepada
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri serta Mohamad Fuzi selain seluruh
warga PDRM yang sentiasa mempamerkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan
negara.
Najib berkata antara pencapaian terbesar PDRM adalah
penurunan Jenayah Indeks 2017 iaitu sebanyak 13,186 kes atau 11.7 peratus
berbanding tahun sebelumnya.
“Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan. Apatah
lagi sejak kita melancarkan dasar transformasi negara dan kerjasama di bawah
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kadar jenayah negara telah menguncup
dengan ketara sebanyak 53 peratus,” katanya.
Perdana Menteri berkata beliau turut berkongsi kejayaan
negara dalam memerangi ancaman Daesh semasa berucap pada Majlis Penutupan
Persidangan Pencegahan Keganasan di Sydney baru-baru ini, yang mana Najib
satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput memberi ucapan pada majlis penutupan
persidangan itu.
“Di depan Perdana Menteri Australia (Malcolm Turnbull) dan
semua ketua-ketua negara ASEAN, saya telah nyatakan salah satu kebanggaan kita
ialah setakat ini tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang telah terkorban,
mangsa ancaman IS atau daesh di negara kita,” katanya.
Katanya Indeks Keamanan Global 2017 pula telah berjaya
mengekalkan Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29
daripada 193 negara di dunia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Najib berkata keanggotaan PDRM akan ditambah
dari semasa ke semasa mengikut keperluan yang dikemukakan PDRM kepada kerajaan
kerana usaha memerangi jenayah adalah antara agenda utama kerajaan.
Menurutnya sehingga bulan lepas, jumlah keseluruhan anggota
PDRM di seluruh negara telah mencecah 130,401 orang.
Menurut statistik PDRM dari 1994 hingga kini, Najib berkata
seramai 483 anggota polis telah terkorban dan meninggal dunia antaranya akibat
daripada kemalangan semasa menjalankan tugas termasuk tragedi berdarah di Lahad
Datu pada 2013 yang menyaksikan lapan anggota PDRM maut dalam misi itu.
“Saya ingin berkongsi kisah sedih pengorbanan Allahyarham
Koperal Mohd Azrul Tukiran, salah seorang perwira negara yang terkorban dalam
insiden malang di Lahad Datu tersebut, di mana hasratnya menyertai polis,
kerana mahukan ibu bapanya berasa bangga dengan kerjaya sebagai anggota PDRM.
“Maka pada hari ini, saya ingin nyatakan secara ikhlas dari
lubuk hati saya bahawa, Koperal Mohd Azrul sebenarnya, bukan sahaja telah
membanggakan kedua ibu bapanya, bahkan keperwiraan Allahyarham, telah
membanggakan seluruh rakyat Malaysia!,”katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel