Connect with us

Berita Lain

Desak PM Campur Tangan

.
SHAH ALAM – Dewan Industri Buku Malaysia (MBIC) akan
menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
selewat-lewatnya Isnin ini supaya tindakan pembetulan dibuat untuk mengembalikan
semula baucer buku sebagaimana disebut dalam Bajet 2018.
Pengerusinya, Ishak Hamzah berkata, perkara itu perlu diberi
perhatian oleh kepimpinan bagi memastikan industri buku di negara ini tidak
lumpuh berikutan tindakan kerajaan mengkreditkan bantuan baucer buku sebanyak
RM250 dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) memberi impak sangat besar.
“Kami telah merangka satu memorandum terakhir atau surat
terakhir yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau PM tidak mahu bantu kami, saya khuatir bahawa bukan
sekadar industri buku semakin lumpuh, saya ingat kegiatan ilmu perbukuan
semakin kurang, sokongan warga industri buku, samada penerbit, pengedar,
pencetak dan penulis buku terhadap permintaan itu saya rasa akan menjadi sangat
pudar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata sebagai mengulas laporan Kementerian
Pendidikan Tinggi yang menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta
penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima
bantuan KADS1M.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pembayaran
itu akan disalurkan melalui Bank Rakyat bermula 15 Mac ini, berdasarkan padanan
data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat, dengan data maklumat penuntut
layak menerima bantuan itu daripada kementeriannya.
Ishak berkata, apabila bantuan baucer buku dikreditkan dalam
KADS1M pelajar bagi tujuan pembelian buku yang telah dilaksanakan bermula tahun
lalu, perkembangan itu langsung tidak membantu industri buku kerana wang
tersebut boleh dikeluarkan pelajar untuk berbelanja perkara lain.
Sehubungan itu, beliau berpendapat Kementerian Pendidikan
Tinggi tidak ada rasa simpati terhadap industri melalui pelaksanaan terbabit
berikutan sebelum ini pihaknya pernah mengadakan pertemuan industri dengan
menteri selain pernah menghantar 
beberapa memorandum sebelum ini bagi menyuarakan perkara sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Perkembangan mengecewakan itu boleh dilihat apabila sejak
tahun lepas katanya, terbitan judul buku baharu tidak mencapai 15,000 judul
buku berbanding sebelumnya 20,000 lebih judul diterbitkan.
Jelasnya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi industri
buku tahun lalu menunjukkan penurunan apabila hanya mencapai tidak lebih RM1.2
bilion berbanding tahun sebelumnya dengan KDNK RM2 bilion yang turut mengambil
kira kelemahan ekonomi semasa.
“Saya rasa daripada pengamatan kami sejak setahun lepas,
agak ramai penerbit-penerbit yang telah menghentikan perniagaan, kedai-kedai
buku yang telah menutup syarikat mereka, penulis yang telah berhenti menulis
dan syarikat yang memberhentikan pekerja. Paling kurang mungkin 500 orang atau
lebih kehilangan pekerjaan,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel