Connect with us

Berita Lain

Dr M, Hasmah Ajak ‘Dating’ Tonton Filem Chong Wei


Walaupun padat dengan tugasan, Pengerusi Pakatan Harapan
(HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad masih mampu meluangkan masa untuk menonton
filem mengisahkan jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Bukan itu sahaja, malah bekas perdana menteri itu dan
isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memutuskan untuk berkongsi tiket tayangan
dengan mana-mana pasangan yang bertuah menonton bersama mereka Jumaat ini.
“Walaupun dengan kesibukan jadual kerja, demi Chong Wei
dan Hasmah, saya setuju!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jumaat ni (9 Mac 2018) saya dan Hasmah berpeluang
menonton kisah juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam tayangan
perdana Lee Chong Wei di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya menerusi
Facebook Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir, Siti Hasmah sendiri ingin berkongsi tiket
tayangan itu dengan mana-mana pasangan rakyat Malaysia dengan syarat mereka
menceritakan kisah pertemua pertama mereka di ruangan komen Facebook.
“Share gambar anda dan pasangan serta ceritakan kisah
pertemuan pertama anda berdua di ruang komen.
“Kami akan pilih pasangan yang bertuah pada hari Khamis
ini (8 Mac 2018) dan berpeluang untuk double-date dengan saya dan isteri. Jumpa
di sana!” katanya.
Filem biografi mengenai kisah hidup Chong Wei itu dijangka
mencatat rekod antarabangsa dengan tontonan seramai 30,000 orang di Stadium
Nasional Bukit Jalil pada tayangan galanya Jumaat ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Penerbit bersama filem Lee Chong Wei: Rise Of The Legend
itu, Josiah Chieng berkata, pihaknya berharap jumlah tontotan bukan saja
mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records malah melakar sejarah di Asia
Tenggara.
Filem mengisahkan pemain badminton yang berasal dari Pulau
Pinang itu dijadual menjengah pawagam tempatan pada 15 Mac ini.
Ia menceritakan bagaimana Chong Wei melalui segala pahit
getir hidup sebelum menjadi pemain badminton nombor satu dunia.
Diarahkan oleh Teng Bee, filem terbitan CB Pictures Sdn Bhd
dan Mahu Pictures itu dijangka lebih menarik dengan penampilan khas Datuk
Rosyam Nor sebagai bekas dan jurulatih pemain badminton negara, Datuk Misbun
Sidek.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel