Connect with us

Berita Lain

Dr M: ‘Tahaluf Siyasi Konon’


Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini menyindir pendekatan politik PAS yang digambarkannya rapat
dengan Umno, bekas musuh politik parti itu.
Beliau mengingatkan bagaimana PAS didakwa bekerjasama dengan
Umno, parti yang dikatakan pernah dikafirkannya sebelum ini.
Begitu juga bersama DAP, rakan yang kini menjadi sekutu,
melalui Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lima tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“PAS kafirkan Umno. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir
akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan Umno bukan untuk kemenangan PAS.
Ia untuk kemenangan Umno.

“Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa
apabila tolong Umno menang.
“Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf siyasi (kerjasama
politik) konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang
salah tidak salah,” katanya.
PAS sebelum ini menjelaskan mereka bersedia bekerjasama
dengan mana-mana dalam urusan berkaitan kepentingan Islam.
Mahathir turut mengungkit dakwaan PAS menerima wang daripada
Umno, seperti ditimbulkan AMANAH Kelantan melalui rakaman suara 18 minit oleh
suara mirip Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tanya Nik Abduh,” katanya.
Nik Abduh pada 28 Februari lalu menyifatkan dakwaan itu
“karut, mengarut dan fitnah”.
Rakaman itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan
ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.
Antara lain, wang berkenaan didakwa untuk kegunaan pada
pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel