Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Kehilangan Tonggak Politik Sanusi Junid



Bekas menteri persekutuan dan menteri besar Kedah, Tan Sri
Sanusi Junid meninggal dunia awal Jumaat minggu lalu. Allahyarham adalah bekas
ahli politik Umno dan Umno Baru, tetapi di akhir hayatnya beliau adalah ahli
PPBM. Namun sepanjang hayatnya, beliau adalah penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pertama kali keluar Umno pada 2008 bersama Dr
Mahathir kerana membantah kepimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Beliau turut bersama Dr Mahathir menyertai semula Umno selepas
kepimpinan bertukar kepada Datuk Seri Najib Razak.
Beliau sekali lagi keluar dari Umno, juga bersama Dr
Mahathir pada 2016 sebagai membantah kepimpinan Najib. Apabila Dr Mahathir
menubuhkan PPBM, beliau turut menyertai parti pembangkang itu.
Pertama kali penulis berjumpa beliau pada 1980. Pada masa
itu, penulis berada di tahun dua Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Ia adalah
semasa satu majlis anjuran Biro Tata Negara di sebuah banglo milik Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kuala Lumpur. Beliau beri ucapan pada majlis
itu. Turut hadir ialah Abdullah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sanusi pandai bercerita dan seperti kebanyakan orang,
penulis juga terhibur dengan ceritanya dan kagum pada kreativiti beliau.
Pada masa itu, Sanusi berusia 37 tahun dan merupakan
timbalan menteri dalam negeri, sementara Abdullah pula adalah timbalan menteri
Wilayah Persekutuan. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula masih menjadi presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Sanusi sendiri antara pengasas Abim dan pernah menjadi naib
presidennya. Najib pula adalah ahli Parlimen Pekan yang disandangnya sejak
1976.
Kali ke-2 penulis menemui Sanusi ialah pada tahun sama juga,
tetapi di kediaman Dr Mahathir yang ketika itu ialah timbalan perdana menteri
di Bukit Tunku dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan untuk sekumpulan
pelajar UPM. Abdullah juga hadir. Tun Musa Hitam yang dijadualkan hadir,
bagaimanapun tidak dapat bersama kami.
Tetapi ketika itu, Musa, Abdullah dan Sanusi dilihat sebagai
“orang Mahathir” yang bersedia berperanan sebagai satu pasukan, apabila Dr
Mahathir menjadi perdana menteri.
Pada 1981, Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Musa yang
merupakan naib presiden Umno dipilih sebagai timbalan perdana menteri dan
Sanusi pula dilantik sebagai menteri pembangunan negara dan luar bandar.
Abdullah pula dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menjelang pilihan raya umum 1982, Anwar dibawa masuk ke
Umno. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri, sementara Najib menyandang jawatan menteri besar Pahang.
Semasa menjadi pemberita Utusan Malaysia dari 1982 hingga
1986, penulis sering membuat liputan acara-acara yang melibatkan Anwar,
Abdullah, Sanusi dan Najib.
Sanusi menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar
sehingga 1986. Sepanjang masa itu, pergolakan politik dalam Umno membabitkan
persaingan Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Kedua-duanya bertanding untuk jawatan timbalan presiden Umno
dalam 2 pemilihan. Dalam pertandingan itu, Dr Mahathir memihak kepada Musa,
begitu juga Sanusi.
Kedudukan Sanusi sebagai orang kanan Dr Mahathir lebih
terserlah apabila beliau dilantik sebagai setiausaha agung Umno pada 1984.
Dalam rombakan Kabinet 1986, beliau dilantik sebagai menteri
pertanian menggantikan Anwar yang menyandang jawatan itu sejak 1985. Anwar
dilantik menjadi menteri pelajaran menggantikan Abdullah yang dipindahkan ke
Kementerian Pertahanan.
Satu ketika selepas Anwar dilantik menjadi menteri
pPelajaran, penulis berjumpa Sanusi di Kementerian Pertanian. Masa itu, penulis
bertanya sama ada Dr Mahathir sedang menyediakan Anwar untuk menjadi perdana
menteri. Daripada jawapannya, beliau tidak suka soalan itu. Tafsiran penulis
ialah beliau tidak setuju Dr Mahathir memberi laluan cepat untuk Anwar.
Pada 1987, tercetus krisis Dr Mahathir dan Musa. Dr Mahathir
memilih Tun Ghafar Baba, seorang naib presiden Umno menggantikan Musa untuk
menjadi timbalan perdana menteri.
Musa beregu dengan Tengku Razaleigh menentang Dr Mahathir.
Sanusi menyokong Dr Mahathir.
Ada pemerhati berseloroh menamakan penyokong Dr Mahathir
dengan singkatan A.I.D.S, iaitu Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Sanusi
semasa pertarungan itu.
Pada masa itu, Abdullah dianggap “orang Musa” dan digugurkan
daripada Kabinet pada 1987.
Pada 1988, Umno diisytiharkan haram. Tengku Razaleigh
menubuhkan Semangat 46 dan Dr Mahathir mewujudkan Umno Baru. Sanusi terus
bersama Dr Mahathir dalam Umno Baru. Pada 1990, beliau menjadi naib presiden
Umno Baru.
Abdullah pula turut bersama Dr Mahathir dan pada 1991,
kedudukannya dalam Kabinet dipulihkan dengan beliau dilantik menjadi menteri
luar.
Pada 1993, Umno mengadakan pemilihan. Anwar sedang merancang
menyingkirkan Ghafar. Beliau menubuhkan “Team Wawasan” yang terdiri daripada
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najib dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bagi jawatan
naib presiden.
Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Dr Siti Zaharah
Sulaiman untuk jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita. Ketua Pemuda dan ketua
Wanita juga bertaraf naib presiden.
Ini bermakna Abdullah dan Sanusi menjadi calon-calon yang
menentang pasukan Anwar. Ghafar menarik diri dan Anwar menang tanpa bertanding
bagi jawatan timbalan presiden. “Team Wawasan” menyapu bersih semua jawatan
naib presiden.
Ekoran kemenangan pasukan itu, Sanusi digugurkan daripada
Kabinet pada 1996 dengan Dr Mahathir melantiknya sebagai menteri besar Kedah.
Tetapi, Abdullah kekal menteri luar. Najib pula dilantik menteri pendidikan
pada 1995.
Apabila berlaku krisis antara Dr Mahathir dan Anwar pada
1998, semua tokoh Umno termasuk Abdullah, Sanusi dan Najib bersama Dr Mahathir.
Perdana menteri itu melantik Abdullah sebagai pengganti
Anwar dan mereka berjaya mematahkan cabaran pembangkang pada pilihan raya umum
1999.
Najib kekal sebagai menteri pendidikan, tetapi Sanusi
mengakhiri kerjaya politiknya dengan tidak lagi menjadi menteri besar.
Pada 2000, Sanusi dilantik sebagai presiden Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM), sementara Najib berpindah ke jawatan menteri pertahanan.
Pada 2004, Dr Mahathir bersara dan melepaskan jawatannya
kepada Abdullah dan Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Abdullah memperkenalkan gagasan Islam Hadhari dan
mengarahkan UIAM dijadikan pusat mengetengahkan konsep ini. Sanusi tidak setuju
dan melepaskan jawatannya sebagai presiden UIAM pada 2008.
Walaupun Dr Mahathir sudah bersara daripada politik, tetapi
beliau menggunakan pengaruhnya ke atas kerajaan. Beliau mengenakan tekanan
terhadap Abdullah. Usaha beliau itu disokong Muhyiddin yang merupakan naib
presiden Umno, Sanusi juga menyebelahi Dr Mahathir.
Tekanan Dr Mahathir itu berjaya menyebabkan Abdullah
melepaskan jawatan dan Najib menjadi perdana menteri pada 2009. Beliau juga
melantik Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.
Selepas itulah penulis berjumpa Sanusi buat kali terakhir,
iaitu di sebuah hotel berbentuk rumah miliknya di Bangsar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada masa itu, beliau sudah berhati-hati dalam soal
pemakanan kerana penyakit berkaitan jantung.
Tetapi, beliau adalah tokoh yang memberi sumbangan besar
kepada usaha pemakanan sihat di negara ini. Ketika menjadi menteri pertanian,
beliau melancarkan kempen makan ulam dan minum air kelapa.
Selepas pilihan raya umum 2013, Dr Mahathir tidak berpuas
hati dengan pentadbiran Najib, khususnya berhubung isu 1MDB.
Muhyiddin juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
ketuanya. Maknanya ada tanda-tanda supaya Najib berundur seperti mana dialami
Abdullah.
Ternyata Sanusi turut menyebelahi Dr Mahathir. Tulisan
beliau dalam blognya menyerlahkan perkara ini.
Apabila Dr Mahathir dan Muhyiddin menubuhkan PPBM, beliau
pun turut serta. Maknanya sehingga akhir hayatnya, beliau adalah tonggak kepada
politik Dr Mahathir.
Semasa berkuasa dahulu, Dr Mahathir memberi jawatan timbalan
perdana menteri kepada Musa, Anwar, Abdullah dan Najib yang akhirnya tidak
disenangi beliau.
Bayangkan kalau Sanusi yang diberi peluang oleh Dr Mahathir
untuk menjadi timbalan perdana menteri dan akhirnya menerajui negara ini.
* Zin Mahmud ialah bekas pengarang kanan Utusan Malaysia. Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya
mewakili Malaysian Update.

Sumber: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel